Umno pernah setuju pujuk Zahid berundur tapi Mat Hasan ‘belot’


(Malaysiakini) – Sekumpulan pemimpin kanan dan berpengaruh dalam Umno dikatakan berkumpul untuk mencari kesepakatan mendesak Ahmad Zahid Hamidi berundur secara baik seawal 2020.

Menurut Tajuddin Abdul Rahman, antara pemimpin yang hadir ialah Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan bekas perdana menteri Najib Razak dan Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin.

Kata bekas anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno yang dipecat itu menambah, usaha berkenaan gagal selepas Mohamad “membelot” daripada ketetapan tersebut.

Dakwa Tajuddin, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu “digertak” oleh pegawai kanan Ahmad Zahid.

Menurut ahli parlimen Pasir Salak itu, pertemuan berkenaan berlangsung di rumahnya pada Mei 2020.

“Ketuanya siapa? Tok Mat (Mohamad) dan Bossku (Najib).

“Mereka suruh turun buat tinjauan, berapa ramai ketua bahagian yang setuju. Kalau saya tak silap ada 130 bahagian (di seluruh negara) yang setuju.

“Tok Mat setuju, Bossku setuju. Kenapa tak jadi? Sebab Tok Mat sebagai ketua dengan Bossku bbelot,” katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

 



Comments
Loading...