Zahid bawa fail kes jenayah minta saya campur tangan di mahkamah, kata Muhyiddin


(Malaysia Now) – Muhyiddin Yassin mendakwa Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah.

Menerusi dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 26 April lepas, Muhyiddin, 74, mendakwa Zahid, 69, telah membuat permintaan tersebut selepas menghadiri mesyuarat di kediaman bekas perdana menteri itu.

“Selepas saya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan, satu mesyuarat telah diadakan di kediaman saya bagi membincangkan, antara lain, pembentukan Kabinet baru.

“Beberapa individu telah menghadiri mesyuarat itu termasuk plaintif, Mohamed Azmin Ali dan Abdul Hadi Awang. Selepas mesyuarat berakhir, plaintif meminta untuk bercakap dengan saya secara peribadi dan saya telah meminta Azmin untuk turut serta.

“Ketika perbincangan, beliau telah menunjukkan sejumlah besar fail yang dibawa ke mesyuarat itu. Apabila saya tanya kenapa dia bawa fail itu, dia kata fail itu ada kaitan dengan kes jenayah terhadapnya yang didakwa mempunyai motif politik, dia kata dia tak bersalah dan minta bantuan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi afidavit jawapan terhadap permohonan injunksi yang difailkan oleh Zahid dalam saman fitnah berhubung dakwaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu telah meminta bantuan Muhyiddin untuk menyelesaikan atau menangguhkan kes mahkamahnya.

BACA LAGI DI SINI

 



Comments
Loading...