YB jangan ponteng Parlimen 11 April ini


ISTILAH ‘katak’ untuk wakil rakyat yang melompat parti menjadi bualan rakyat Malaysia apabila tindakan itu mencetuskan beberapa krisis politik.

(Sinar Harian) – Krisis yang tiada kesudahan itu menyaksikan dua Perdana Menteri (PM) iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan kerana hilang sokongan majoriti.

Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, Datuk Seri Ismail Sabri selaku PM kesembilan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) pada September lepas demi kestabilan politik negara.

RUU Anti Lompat Parti antara perkara dalam MoU Persefahaman Transformasi dan Kestabilan itu yang perlu dibentang dan diluluskan di Parlimen.

Sehubungan itu, Ismail Sabri selaku Ketua Majlis Parlimen bersetuju agar Parlimen mengadakan satu sidang khas pada 11 April depan bagi tujuan tersebut.

Beliau turut memberi jaminan persidangan akan dilanjutkan sekiranya tempoh masa satu hari tidak mencukupi. Undian ahli-ahli Parlimen bakal menentukan sama ada usul berkenaan diluluskan atau sebaliknya.

Read more here



Comments
Loading...