Laporan SPRM: Tok Mat Rasuah


LAPORAN KES TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan (Tok Mat) telah menerima suapan (rasuah) daripada Teh Ho Ann (Teh) berhubung dengan kerja-kerja pembalakan di Negeri Sembilan dan pajakan tanah di sekitar Negeri Sembilan bagi projek ladang kelapa sawit. Terdapat hubungan rasmi di antara Teh dan Tok Mat dimana Tok Mat ada memberi kelulusan projek kepada Teh di Negeri Sembilan.

Teh merupakan pengarah bagi beberapa syarikat yang menjalankan perusahaan pemprosesan kayu dan pengusahaan kelapa sawit di Melaka dan Negeri Sembilan. Selain daripada itu terdapat juga syarikat yang menggunakan proxy Teh di dalam syarikat tersebut sebagai pengarah. Dari tahun 2008 hingga 2010, Syarikat-syarikat yang di bawah kawalan Teh yang menjalankan perusahaan pembalakan dan kelapa sawit di Negeri Sembilan.

Pengarah-pengarah dalam syarikat tersebut telah dimasukkan sebagai proxy yang terdiri daripada saudara, pekerja-pekerja dan juga sekutu Teh. Teh juga telah membuat permohonan projek dan telah diluluskan oleh Tok Mat dengan menggunakan syarikat-syarikat proxy kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Yayasan Negeri Sembilan (YN9) yang mana kedua-dua badan berkanun ini dipengerusikan oleh Tok Mat.

Projek yang dipohon di MAINS adalah berkenaan pajakan tanah bagi projek ladang kelapa sawit, manakala projek yang dipohon di YN9 adalah projek mengeluarkan saki baki kayu balak di Hutan di Negeri Sembilan. Bagi projek mengeluarkan kayu balak, kelulusan dan permit pula perlu diperolehi dari Pejabat Perhutanan Negeri Sembilan yang mana Pengerusi Lembaga Mesyuarat Perhutanan Negeri Sembilan juga adalah Tok Mat sendiri.

Berikutan dari itu, Tok Mat telah menerima bayaran sebanyak RM10 juta daripada Teh. Teh telah memberi wang tersebut secara tunai melalui tiga buah beg kepada Tok Mat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan Di Jalan Keliling Seremban, Negeri Sembilan.

Teh telah menyatakan wang tersebut merupakan pinjaman daripada Teh kepada Tok Mat dan menyatakan terdapat perjanjian yang dibuat antara Teh dan Tok Mat pada April 2008, walaubagaimanapun, keterangan Tok Mat kepada Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan perjanjian itu tidak disediakan pada April 2018 sebaliknya perjanjian itu telah dibackdate semasa siasatan oleh BNM dijalankan.

Perjanjian ini juga adalah tidak dimeterai secara sah yang mana definisi pinjaman juga termasuk dalam maksud rasuah berdasarkan Akta ASPRM 2009.

Wang rasuah yang diperolehi oleh Tok Mat daripada Teh digunakan bagi membeli aset di luar negara. Hasil daripada Wang Rasuah RM10j uta yang diperoleh terdapat duit yang dipindahkan ke akaun Tok Mat di UK melalui syarikat money changer, iaitu Salamath Ali Money Changer. Salamath Ali Money Changer telah membuat tiga transaksi yang mana setiap transaksi adalah berjumlah £500,000 (Pound Sterling) yang menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak £1,500,000.00.

Melalui transaksi ini, duit-duit tersebut telah digunakan oleh Tok Mat bagi membeli satu apartment bernilai £1,400,000  yang beralamat di Flat 50, Richbourne Court 9, Harrowby Street, London, United Kingdom.

 



Comments
Loading...