Tiga whip kerajaan tidak hadir semasa pengundian Sosma


Tiga whip kerajaan – ahli parlimen yang bertanggungjawab memastikan disiplin parti di kalangan rakan-rakannya – tidak hadir semasa pengundian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) semalam.

Mereka ialah Azmin Ali (PN-Bersatu), Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh (PN-PAS) dan Ahmad Zahid Hamidi (BN-Umno).

Di pihak pembangkang pula whipnya, Johari Abdul (PH-PKR) juga tidak hadir.

Ini adalah menurut Hansard persidangan Dewan Rakyat semalam berhubung usul untuk membenarkan seseorang suspek ditahan sehingga 28 hari tanpa perlu dihadapkan di hadapan majistret mengikut Akta Sosma selama lima tahun lagi selepas 31 Julai tahun ini.

Berdasarkan Hansard, terdapat 50 ahli parlimen yang tidak hadir. Sebahagian daripada mereka mempunyai alasan yang sah, termasuk ketua pembangkang Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) dan Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) yang sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

Kedua-dua BN dan PN masing-masing mempunyai 13 ahli parlimen tidak hadir, manakala Gabungan Parti Sarawak pula mempunyai tiga wakil rakyatnya yang tidak hadir. Secara keseluruhan, terdapat 30 ahli parlimen yang tidak hadir di pihak bangku kerajaan semasa pengundian.

Senarai penuh ketidakhadiran berdasarkan gabungan (jika ada) mereka, adalah seperti berikut:

Kerajaan

Wee Ka Siong (BN – Ayer Hitam)

Ahmad Zahid Hamidi (BN – Bagan Datuk)

Idris Jusoh (BN – Besut)

Annuar Haji Musa (BN – Ketereh)

Bung Moktar Radin (BN – Kinabatangan)

Shamsul Anuar Nasarah (BN – Lenggong)

Zahidi Zainul Abidin (BN – Padang Besar)

Najib Tun Haji Abdul Razak (BN – Pekan)

Ahmad Haji Maslan (BN – Pontian)

Tengku Adnan Tengku Mansor (BN – Putrajaya)

Hasan Arifin (BN – Rompin)

Hishammuddin Tun Hussein (BN – Sembrong)

M Saravanan (BN – Tapah)

Mohd Redzuan Yusof (PN – Alor Gajah)

Kamarudin Jaffar (PN – Bandar Tun Razak)

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN – Bukit Gantang)

Mohamed Azmin Ali (PN – Gombak)

Eddin Syazlee Shith (PN – Kuala Pilah)

Mohamaddin Ketapi (PN – Lahad Datu)

Abdul Hadi Awang (PN – Marang)

Mansor Othman (PN – Nibong Tebal)

Mahiaddin Mohd Yassin (PN – Pagoh)

Ahmad Fadhli Shaari (PN – Pasir Mas)

Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh (PN – Pasir Puteh)

Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN – Tanah Merah)

Shabudin Yahaya (PN – Tasek Gelugor)

Jeffrey Gapari Kitingan (Bintang – Keningau)

Rohani Abdul Karim (GPS – Batang Lupar)

Tiong King Sing (GPS – Bintulu)

Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS – Santubong)

Mohd Khairuddin Aman Razali (IND – Kuala Nerus)

Maximus Johnity Ongkili (PBS – Kota Marudu)

Pembangkang

Dr Mahathir Mohamad (Pejuang – Langkawi)

Shahruddin Md Salleh (Pejuang – Sri Gading)

Kelvin Yii Lee Wuen (PH – Bandar Kuching)

Lim Kit Siang (PH – Iskandar Puteri)

Saifuddin Nasution Ismail (PH – Kulim Bandar Baharu)

Dr Michael Teo Yu Keng (PH – Miri)

Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH – Pandan)

Nurul Izzah Anwar (PH – Permatang Pauh)

Maria Chin Abdullah (PH – Petaling Jaya)

Anwar Ibrahim (PH – Port Dickson)

Awang Husaini Sahari (PH – Putatan)

Maszlee Malik (PH – Simpang Renggam)

Johari Abdul (PH – Sungai Petani)

Christina Liew Chin Jin (PH – Tawau)

Masir Kujat (PSB – Sri Aman)

Ma’mun Sulaiman (Warisan – Kalabakan)

Ahmad Hassan (Warisan – Papar)

Mohd Shafie Haji Apdal (Warisan – Semporna)

 



Comments
Loading...