Isu hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali: laporan kepada SPRM


Pada 4hb Mac 2022 bersamaan hari Jumaat sebuah portal yang dikenali sebagai Mahazalimreturns melalui tweetnya telah mempamerkan beberapa dokumen yang dipercayai adalah minit mesyuarat Group Management Credit Committee (GMCC) yang telah bersidang pada 7hb Mac 2012 jam 8.30 pagi di Tingkat 50, Menara Maybank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Berdasarkan laporan minit mesyuarat itu, persidangan itu adalah berkenaan permohonan 1MDB untuk mendapatkan “bridging loan” jangka pendek sebanyak RM6.17 billion bagi membiayai pengambil-alihan keseluruhan ekuiti Tanjung Energy Group (TEG) iaitu sebauh syarikat yang mempunyai 8 buah IPP (Independent Power Plant).

Apa yang menarik disini ialah minit minit mesyuarat itu telah disediakan oleh Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali selaku setiausaha kepada Lembaga Pengarah. Pada masa yang sama juga Mohd Nazlan adalah General Counsel dan juga Ketua Bahagian Korporat dan Perundangan kepada Maybank. Kedudukan dan jawatan beliau diMaybank pada ketika itu membolehkan beliau terlibat secara terus dalam perundingan dengan watak watak utama 1MDB yang kini didalam buruan pihak berkuasa dan Interpol.

Bagi menyediakan laporan kepada Lembaga Pengarah Maybank, sudah pasti beliau telah mengadakan rundingan serta berurusan dengan Jasmin Loo, Casey Tang, Tim Leissner dan mungkin juga Jho Low yang mana mereka ini semua merupakan penjenayah penjenayah yang telah menggelapkan dan menipu 1MDB dengan puluhan billion ringgit, dan sekarang ini dalam buruan pihak polis serta telah disenarikan sebagai orang orang yang dikehendaki.

Mengikut keterangan dari saksi saksi pendakwaan dalam kes 1MDB seperti Shahrol, Hazem dan Azmi, mereka menyatakan yang Jasmin Loo dan Tim Leisner sangat terlibat dalam urusan fund-raising bagi tujuan pengambilalihan Tanjung Energy Group dan saya percaya yang Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali selaku General Counsel Maybank telah berurusan dengan General Counsel 1MDB iaitu Jasmine Loo dan juga Tim Leisner bagi pihak Goldman Sachs.

Saya juga percaya, oleh sebab jumlah pinjaman yang begitu besar iaitu RM 6.17 billion dan untuk mempengaruhi pihak Lembaga Pengarah Maybank penjenayah penjenayah ini berkemungkinan pada ketika itu telah menggunakan dan menjual nama Dato Seri Najib untuk mempengaruhi pihak Lembaga Pengarah Maybank dan Mohd Nazlan, dan apabila scandal 1MDB terbongkar sudah pasti minda dan pemikiran Mohd Nazlan akan bersikap ‘bias’ terhadap Dato Seri Najib.

Saya membuat laporan ini kepada pihak SPRM kerana mengikut keterangan Tim Leisner bahawa dalam transaksi Tanjung Energy tersebut terdapat peruntukan peruntukan untuk menyogok atau pun merasuah orang orang penting yang terlibat dengan transaksi ini, justeru ini saya minta satu siasatan yang terperinci dibuat terhadap pengaliran wang keluar masuk terhadap Ahli Lembaga Pengarah Maybank ketika itu dan juga Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang juga pada ketika itu memegang jawatan penting di Maybank.

Saya juga memohon pihak SPRM menyiasat kenaikan pangkat Mohd Nazlan dari Hakim Mahkamah Tinggi ke Hakim Mahkamah Rayuan, untuk melihat samada kenaikan pangkat ini adalah satu imbuhan atau gratification kerana menjadi Hakim dalam kes SRC, berdasarkan alasan alasan berikut;

1. Ketika scandal 1MDB terbongkar, Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali pasti tahu bahawa individu individu 1MDB yang beliau berunding semasa meluluskan pinjaman pinjaman yang bersabit dengan pengambilan ekuiti Tanjung Energy Group adalah penjenayah penjenayah yang telah menjarah dan merompak 1MDB dan sudah pasti beliau juga sedar akan dipanggil untuk menjadi saksi dalam kes 1MDB. Keadaan beliau yang berpotensi untuk menjadi saksi dalam kes 1MDB yang mana Dato Seri Najib adalah tertuduh menimbulkan satu ‘conflict of Interest’ bilamana pada masa yang sama beliau menjadi Hakim dalam kes-kes lain yang mana Dato Seri Najib juga adalah tertuduh. Beliau sepatutnya memberi pencerahan keatas keterlibatan beliau dalam perkara berbangkit yang melibatkan Dato Seri Najib, tetapi disini tidak, bahkan beliau telah mendiamkan diri dan terus mengadili Dato Seri Najib dalam keadaan minda beliau telah tercemar dengan element element berat sebelah (bias) dan serta kesedaran akan keterlibatan beliau dengan penjenayah penjenayah 1MDB yang lain

2. Beliau juga adalah seorang Hakim yang junior, yang tiada pengalaman dalam mengendalikan kes kes jenayah. Pada masa kes SRC telah pun berjalan dibawah pengendalian YA Hakim Dato Mohd Sofian Abd Razak yang lebih senior dan berpengalaman YA Hakim Dato Mohd Sofian tanpa sebarang sebab dan alasan telah ditukarkan dan diganti dengan Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Kebiasaannya dalam kes kes yang berprofil tinggi ataupun yang melibatkan pemimpin pemimpin negara selalunya Hakim Hakim yang lebih senior dan berpengalaman akan dipilh untuk mengendalikan kes kes tersebut, tetapi dalam kes SRC ini yang berlaku adalah yang sebaliknya. Seorang Hakim yang junior yang tiada pengalaman mengendalikan kes jenayah telah dibawa masuk untuk mengendalikan kes jenayah berprofil tinggi yang complex. Justeru itu disini saya juga mohon pihak SPRM menyiasat Jabatan Kehakiman samada mereka telah ditekan dan dipaksa atau terdapat elemen element rasuah dikalangan mereka yang telah mengeluarkan transfer order terhadap YA Hakim Dato Mohd Soffian Abd Razak.

3. Kemudian setelah mensabitkan Dato Seri Najib dengan kesalahan kesalahan yang dituduh, Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah ditukar kembali ke bahagian civil dan kemudian dalam masa setahun beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Hakim Mahkamah Rayuan. Kenaikan pangkat yang mendadak dan memintas Hakim Hakim lain yang lebih senior dan jauh berpengalaman ini menimbulkan tanda tanya apakah ini adalah satu gratification atau imbuhan kerana mensabitkan Dato Seri Najib. Saya mohon pihak SPRM melakukan siasatan dengan terperinci dan menyeluruh.

Saya juga mohon supaya pihak SPRM menyiasat keabsahan maklumat yang terdapat pada portal Mahazalimreturns, dan hubungan Mohd Nazlan dengan penjenayah 1MDB dan juga menyiasat samada terdapat komunikasi antara Mohd Nazlan dengan Gopal Seri Ram mahu pun Tun Mahathir pada masa sebelum beliau mengendalikan kes SRC dan pada ketika perjalanan kes SRC ataupun dengan mana mana wakil Tun Mahathir pada masa itu.

Sekian laporan saya.

(Nama tidak didedah atas permintaan orang yang membuat laporan).

 



Comments
Loading...