Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib kemuka bukti baru kes SRC


(Malaysiakini) – Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan empat hakim tertinggi negara yang lain menolak permohonan Najib Razak untuk memperkenalkan bukti tambahan dalam rayuan rasuah kes SRC International berjumlah RM42 juta.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak rayuan bekas perdana menteri itu untuk mengemukakan bukti baru seperti maklumat perbankan keluarga bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

Anggota panel tertinggi hari ini ialah Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim, dan hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh.

Najib merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Dis tahun lepas, yang menolak permohonan bekas menteri kewangan itu untuk mengemukakan bukti tambahan.

Pada 8 Dis, Mahkamah Rayuan menolak rayuan utamanya untuk membatalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta berhubung kes rasuah SRC.

 



Comments
Loading...