COVID-19: Kes pertama varian Omicron dikesan di Malaysia


Kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron telah dikesan di Malaysia.

(Astro Awani) – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini memaklumkan kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021.

“Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak dan telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa KLIA.

“Kes telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

“Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti.

“Kes menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh kepada perintah yang dikeluarkan,” kata Khairy.

 



Comments
Loading...