MB Kedah Sanusi adalah “badut politik”


Prof. Dr.Ramasamy

Saya berasa bahawa Tunku Mahkota Johor (TMJ) mungkin betul semasa mengatakan bahawa Menteri Besar Kedah, Muhammed Sanusi Mohd Nor mungkin bersikap seperti badut.

Badut berperanan untuk menghiburkan penonton mereka sepanjang masa dan tindakan mereka tidak sepatutnya diberi perhatian serius.

Beberapa hari lalu Sanusi telah berselisih faham dengan TMJ berhubung tunggakan kepada bayaran kepada pemain bola sepak Kedah.

TMJ tidak bersemuka dengan Sanusi dalam hal ini kerana telah menyedari bahawa sikap badut Sanusi tidak boleh diambil serius.

Sejak dua tahun lepas, Sanusi telah menjadi bahan lawak kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai jenis karenahnya.

Ia bermula dengan Sanusi meminta Pulau Pinang membayar pampasan untuk air yang diambil dari Sungei Muda.

Apabila dimaklumkan kepadanya bahawa bahawa Pulau Pinang mengambil air dari bahagian sungai di dalam negeri Pulau Pinang, Sanusi mengancam bahawa Pulau Pinang mungkin akan menghadapi masalah air berlumpur atau berkelodak sekiranya tangki air dibina di sepanjang tebing Sungai Muda.

Negeri Pulau Pinang tidak terharu dengan karenah Sanusi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, telah menegaskan bahawa tiada satu sen pun akan dibayar kepada Kedah.

Bagaimanapun, Pulau Pinang bersedia untuk memberi sokongan sekiranya kerajaan persekutuan memperuntukkan dana bagi membantu Kedah dalam memelihara Kawasan tadahan air di wilayah Ulu Muda yang merupakan sumber air Sungai Muda.

Malahan, kerajaan pusat melupuskan satu jumlah besar dari hutang yang ditanggung oleh Kedah.
Sanusi terkenal dalam menukar “tiang gol” setiap kali Sanusi menemui jalan buntu.

Apabila soal pampasan tidak mendapat persetujuan Pulau Pinang, Sanusi mengalihkan ‘tiang gol’nya kepada isu Pulau Pinang telah dipajak dari Kedah pada zaman penjajahan British.

Sebagai yang lemah dalam sejarah telah terlupa untuk mengakui hakikat bahawa walaupun Pulau Pinang dipajak dari Kedah, British tidak pernah berniat untuk mengembalikannya ke negeri Kedah.

Terdapat hujah lain bahawa Kedah tidak pernah mempunyai kedaulatan penuh ke atas Pulau Pinang kerana Kedah sendiri dianggap sebagai negeri di bawah naungan Siam.

RM10 juta yang dibayar oleh kerajaan pusat kepada Kedah bukanlah pengakuan bahawa Pulau Pinang telah dipajak dari Kedah.

Ia lebih merupakan sebagai sumbangan muhibah seperti bayaran tahunan yang disumbangkan kerajaan persekutuan kepada Kesultanan Sulu bagi negeri Sabah.

Sanusi mahu kerajaan persekutuan meningkatkan bayaran tahunan kepada RM100 juta, bukan sahaja untuk menjaga kawasan tadahan air tetapi juga untuk menghalang Kedah daripada melaksanakan aktiviti membalak.

Sanusi yang berasal dari parti ekstremis perkauman dan agama, PAS, tidak mempunyai keprihatinan terhadap Pulau Pinang.

Sanusi berpendapat Pulau Pinang adalah kubu kuat parti yang amat dibencinya iaitu DAP.

Tindakan bersikap badut terbaharu Sanusi ialah tindakan mengharamkan kedai judi 4D dan penjualan arak di kawasan luar bandar.

Beliau mempertahankan tindakannya itu dengan meminta pengusaha pusat perjudian itu mengalih tumpuan kepada aktiviti perniagaan lain.

Saya tidak pasti sama ada kerajaan negeri Kedah atau pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa untuk membatalkan lesen-lesen tersebut kerana ianya adalah diluluskan oleh kerajaan persekutuan, khususnya Kementerian Kewangan.

Tindakan menentang pusat perjudian dan penjualan arak di kawasan luar bandar adalah dibangkitkan sekarang pada masa PAS sedang bertanding dalam pilihan raya negeri Melaka.

Sanusi mungkin berfikir bahawa inisiatif sebegitu mungkin akan membantu PAS dalam kawasan pilihanraya majoriti pengundi Melayu-Islam di Melaka.

Penganalisis berpendapat bahawa pilihan raya negeri Melaka adalah seumpama ‘hidup atau mati’ bagi pengaruh PAS di peringkat nasional.

Semua tindakan badut Sanusi ini tidak menjadikannya popular, malahan sebaliknya yang mungkin telah berlaku.

Sanusi telah menarik diri daripada bertanding jawatan tertinggi dalam pemilihan parti PAS baru-baru ini.

Sanusi pastinya tidak popular di dalam parti PAS di peringkat negeri mahupun nasional.

Terdapat anggapan umum bahawa Sanusi mungkin tidak akan kekal sebagai Menteri Besar dalam penggal seterusnya.

Karenah Sanusi sudah terlalu banyak kali memalukan dan mempersendakan parti PAS.

Golongan bukan Melayu langsung tidak menghiraukannya.

Sanusi telah mengarahkan perobohan dua kuil Hindu yang wujud lama di Kedah.

Sebuah Kuil di Alor Setar yang berusia lebih seratus tahun.

Satu lagi ialah isu perobohan kuil di Kulim yang wujud kira-kira 60 tahun.

Pemimpin MIC yang membantah perobohan kuil disifatkan sebagai “berkelakuan seolah-olah mereka mabuk dengan todi”.

Sanusi merupakan Menteri Besar pertama yang membatalkan cuti umum bagi perayaan Thaipusam.

Ini menimbulkan kemarahan penganut Hindu di negeri itu, mereka tidak akan memaafkannya.

Sanusi sering meluahkan kebenciannya terhadap Pulau Pinang secara terbuka.

Sanusi pernah berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusannya untuk mengharamkan perjudian boleh memindahkannya ke Pulau Pinang, seolah-olah Pulau Pinang mempunyai status moral yang rendah daripada Kedah.

Malahan Mufti Pulau Pinang turut tersinggung dengan kenyataan Sanusi yang merujuk Pulau Pinang sebagai “bandar dosa”.

Saya tertanya-tanya bagaimana seorang yang berfikiran tidak menentu seperti Sanusi boleh mentadbir negeri yang kekurangan pembangunan dan kemajuan.

Sebahagian besar tenaga buruh industri bekerja dalam industri pembuatan dan perkhidmatan di Pulau Pinang.

Walaupun dia terlalu kerap membuka mulut untuk menggusarkan atau melawak orang lain, Sanusi gagal memajukan Kedah menjadi sebuah negeri perindustrian.

Malahan pelan lapangan terbang antarabangsa Kulim tidak menunjukkan sebarang tanda pelaksanaaan.
Kedah mungkin akan menjadi seperti Kelantan.

PAS hanya melaungkan retorik agama dan tanggapan ianya adalah lebih suci daripada yang lain tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda berkhidmat untuk kepentingan rakyat.

Jika PAS tidak berminat untuk berusaha bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan kehidupan yang baik untuk rakyat, Sanusi mungkin orang yang sesuai sebagai pemimpin.

 



Comments
Loading...