Takiyuddin masuk hospital, jalani pembedahan jantung


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan dimasukkan ke hospital pada Jumaat.

(Sinar Harian) – Memetik laporan Utusan Malaysia, ia dipercayai akibat masalah kesihatan jantung dialami Setiausaha Agung Pas itu sehingga terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam.

“Datuk Seri Takiyuddin jalani angiogram kelmarin selama 3 jam sebab ada tiga tempat yang tersumbat.

“Bagaimanapun, keadaannya stabil dan dipercayai keluar esok,” katanya.



Comments
Loading...