Umno tarik diri daripada kerajaan: Apa kesannya?


Abdul Hamid Mohamad, Malaysia Now

Soalannya, bolehkah seseorang di luar PH dan PN mendapat majoriti untuk menubuhkan sebuah kerajaan dan mengekalkannya? PH masih mantap dengan bilangan ahli-ahli Parlimennya (+ Pejuang) yang mungkin mempunyai majoriti. Sebaliknya, kerajaan PN tanpa Umno (tidak kira berapa orang yang mematuhi keputusan MKT itu) besar kemungkinan akan kehilangan majoriti. Tanpa sokongan PH dan PN, dari mana kerajaan baru tajaan Umno itu akan mendapat majoritinya?

Saya khuatir, tindakan Umno itu akan menyerah balik kerajaan yang diperolehi daripada PH itu kepada PH semula. Jika itu berlaku, Zahid Hamidi dan ahli-ahli MKT yang menyokongnya bertanggungjawab kepada bangsa Melayu. Mereka adalah Pak Pandir moden.

Sebaliknya, jika perdana menteri baru itu memperolehi majoriti dalam Parlimen dan dapat mengekalkan kerajaan sementaranya, dapat menyelesaikan masalah Covid-19 dalam tempoh yang ditetapkan, meletak jawatan dan menasihatkan YDPA menitahkan supaya PRU 15 diadakan, maka ahli-ahli MKT itu patutlah diberi penghormatan sebagai political genius. Perdana menteri sementara itu pula patutlah dinobatkan sebagai perdana menteri tetap selepas PRU15.

Sama-samalah kita tunggu untuk melihat kedatangan semula political genius atau Pak Pandir Moden. Yang menakutkan ialah pertaruhannya terlalu besar: masa depan bangsa Melayu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...