Majlis Tertinggi UMNO Cadang Untuk Jatuhkan Kerajaan Pada 1 Ogos?


(Suara TV) – Sepuluh orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah menandatangani surat persetujuan untuk menyokong usul untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional dalam mesyuarat pada pada 7 Julai 2021 nanti.

Menurut salah seorang ahli MKT UMNO, beliau telah dipanggil ke pejabat UMNO semalam untuk menandatangani surat akan menyokong usul agar parti meninggalkan kerajaan pada 1 Ogos 2021 nanti

Ahli MKT tersebut bagaimanapun menegaskan tiada sebarang isu sokongan kepada Anwar Ibrahim dibangkitkan. Ia hanya keputusan untuk meninggalkan kerajaan agar memaksa Yang Di-Pertuan Agong memilih Perdana Menteri baharu atau mengadakan Pilihan Raya Umum.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan akaun facebook yang menggunakan nama Megat Terawikh bahawa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sedang mengutip tandatangan Ahli MKT untuk menarik sokongan dari kerajaan.

Seorang lagi Ahli MKT mengesahkan perkara yang sama dan menyatakan beliau telah menandatangani sebagai menghormati permintaan pemimpin tertinggi UMNO tersebut.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pilihan Raya Umum telah diluluskan.

Bagaimanapun Ahmad Zahid menambah dalam ucapannya penutupnya agar kuasa untuk memutuskan hubungan pada bila-bila masa diberikan kepada Presiden dan MKT UMNO disambut dengan sokongan oleh perwakilan.

Bagaimanapun keabsahan penambahan ini sukar dipastikan kerana ia dilakukan secara spontan tanpa mengikut peraturan usul organisasi.

**************************************************************************

MEGAT TAWARIKH(MT) mohon sgt Zahid Hamidi buat penjelasan dan jawab isu ni jika benar seperti dakwaan ahli umno ni…MT harap ini bukan kebenaran..MT tak sanggup tengok UMNO dipecah-belah mcm ni.Jangan kita termakan dgn mainan musuh melayu islam untuk pastikan melayu pecah dan di pecahkan…Mohon sgt2…

*KUTIP SURAT SOKONGAN SECARA RAHSIA AHLI MT UMNO – ZAHID DERHAKA TITAH AGONG?*

Entah apa yang bakal kita hadapi sebagai rakyat bila huru-hara politik dan suhu politik yang terus menerus dihangatkan oleh orang2 tertentu.Rakyat diluar sedang bertarung untuk hidup dalam pandemik covid-19 dan ekonomi keluarga yang makin parah.Tekanan dan stress rakyat dah sampai ke tahap maksimum dan ada yang tewas berdepan permasalahan ini.

Terbaru , Zahid Hamidi Presiden UMNO sedang berusaha mendapatkan tandatangan semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk menarik sokongan kepada kerajaan hari ini.Boleh dikira macam SD ahli2 parlimen la jugak ni.Tujuan Zahid mendapatkan surat sokongan ini ialah untuk meyakinkan YDP Agong bahawa kerajaan PN telah hilang sokongan dari UMNO secara en-bloc.Dalam surat sokongan tersebut dinyatakan jelas bahawa UMNO akan menarik sokongan kepada kerajaan pada 7 Julai 2021.

Saya melihat tindakan Zahid ini bercanggah dengan kehendak YDP Agong untuk parlimen dibuka dan parlimen digunakan sebagai medan utama membincangkan permasalahan dan perancangan kerajaan menangani Covid19.

Sebelum ini UMNO telah membuat keputusan dalam Biro Politik mereka untuk bersetuju bahawa parlimen perlu dibuka dan dijadikan medan untuk perbincangan berkaitan covid19.Malah rakyat juga bersetuju dengan desakan UMNO untuk parlimen kembali bersidang.

Tindakan Zahid melalui surat sokongan MT UMNO ini akan menyebabkan semua ahli2 parlimen UMNO harus dan perlu menarik diri dari berada dalam kerajaan.Jika semua ahli2 parlimen keluar dari kerajaan maka sudah pasti kerajaan PN hari ini akan jatuh dan tumbang dan jika kerajaan PN sekarang ini tumbang maka parlimen tidak lagi boleh bersidang.Parlimen tidak lagi boleh berbincang kaedah dan perancangan untuk menangani covid19.

Seperti yang kita maklum bahawa YDP Agong sebolehnya tidak mahu pilihanraya umum diadakan dalam pandemik covid ini masih ditahap membimbangkan.Dengan tindakan ini maka jelaslah bahawa Zahid secara nyata memperlekehkan gesaan dan titah YDP Agong untuk suhu politik di redakan dan diturunkan.Titah Tuanku YDP Agong dipermainkan oleh Zahid untuk kepentingan peribadi beliau dan untuk melangsaikan tuntutan agenda politik sesetengah pihak.

Lagi parah , sebelum ini Zahid telah mengutuskan surat apabila diperkenan mengadap YDP Agong dalam sesi YDP Agong bertemu dengan ketua2 parti politik awal Jun lepas dengan isi kandungannya menyatakan bahawa UMNO akan menarik sokongan kepada kerajaan PN pada 1 Ogos 2021 walaupun tanpa mendapat mandat dari MT UMNO tetapi hari ini Zahid dengan jelas telah berbohong kepada YDP Agong.Mempermainkan sembah kepada YDP Agong.Memungkiri apa yang beliau sendiri pernah persembahkan kepada YDP Agong dalam masa yang amat singkat.

Jelas bahawa Zahid Hamidi sedang melakukan perderhakaan terbuka kepada YDP Agong dan mempersendakan titah YDP Agong semata2 untuk melangsaikan tuntutan pihak2 tertentu ke atas beliau dan untuk memenuhi kehendak peribadi beliau disamping sedang memperjudikan nasib UMNO.

Ini adalah langkah terdesak Zahid Hamidi mempergunakan kepercayaan ahli-ahli UMNO dan juga mempergunakan ahli2 MT UMNO untuk menandatangani surat sokongan supaya menyokong agenda peribadi beliau.Percayalah , UMNO akan pecah dan terkubur jika agenda Zahid ini diteruskan tanpa dihalang oleh ahli2 MT UMNO.Tindakan Zahid memanggil seorang demi seorang ahli2 MT secara senyap menyebabkan ahli2 MT akan terperangkap atau terpaksa untuk tidak menandatangani surat tersebut.Perkara ini tidak dibincangkan dalam biro politik atau MT.Ini menjelaskan Zahid cuba membawa satu budaya jahat ke dalam UMNO dan secara moralnya Zahid telah memperdaya dan memperbodohkan ahli2 UMNO dan ahli2 MT UMNO.

Sebagai penyokong dan ahli UMNO saya harus dan memohon untuk perkara ini dibincangkan dengan rasional.Apakah kita mahu Zahid memperjudikan nasib dan masa depan UMNO untuk agenda peribadi beliau.Dimana hak dan suara kita sebagai ahli UMNO yang setia dan berjuang kepada parti keramat ini jika maruah parti ini sedang digadai dan diperjudikan oleh presiden yang amat terdesak dan hilang harga diri?..
Yang pasti tindakan ini pastinya akan memecah-belahkan ahli,MT dan ahli2 parlimen umno.
Fikir-fikirkan lah wahai sahabat budiman semua.

Sulaiman Yaacob
Ahli UMNO
Dulu, Kini dan Selamanya.

 



Comments
Loading...