AMK peringkat cabang seluruh Negeri Selangor membantah sekeras-kerasnya keputusan Setiausaha AMK Malaysia


KENYATAAN MEDIA
KETUA-KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
NEGERI SELANGOR

Dukungan Penuh Serta Tuntutan Agar Najwan Halimi Dikekalkan Sebagai Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Selangor

Kami merujuk kepada surat oleh Setiausaha AMK Malaysia, Ahmad Syukri Razab pada Isnin, 28 Jun 2021 yang menggugurkan Najwan Halimi dari jawatan Ketua AMK Negeri Selangor tanpa sebarang asas dan alasan kukuh.

Mewakili anggota AMK peringkat cabang seluruh Negeri Selangor, kami membantah sekeras-kerasnya keputusan tersebut yang dilakukan secara tergesa-gesa, semberono dan tanpa sebarang konsensus melibatkan pimpinan AMK cabang Negeri Selangor.

Sepanjang tempoh lebih dua tahun beliau memimpin AMK Negeri Selangor, Najwan Halimi telah mempamerkan kepimpinan yang cemerlang serta berperanan penting dalam menyatupadukan anggota AMK yang berpecah belah pasca Langkah Sheraton. Beliau juga telah memastikan pandangan, cadangan serta suara anggota akar umbi di Negeri Selangor diperjuangkan di peringkat yang lebih tinggi serta ditangani dengan baik.

Justeru, kami menzahirkan solidariti dan dukungan penuh kepada Najwan Halimi serta menuntut Ketua AMK Malaysia agar menarik semula keputusan beliau semalam dan mengekalkan kedudukan Najwan Halimi sebagai Ketua AMK Negeri Selangor demi memastikan kestabilan sayap pemuda KEADILAN serta untuk mengelakkan perpecahan dalaman parti.

Kami juga turut menyatakan sokongan serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden KEADILAN dan akan terus mempertahankan beliau dari digugat oleh pihak-pihak yang cuba melemah serta memecahbelahkan parti.

MOHD SHAH REZZA MOHD TUNIMAN
Ketua AMK Kuala Langat

MOHD FITRI JAMALUDIN
Ketua AMK Puchong

MUHAMMAD DZUL HILMI ZAINOL
Ketua AMK Damansara

MUHAMMAD HANAFI JALALLUDIN
Ketua AMK Hulu Langat

SAIFUL AZLAN ZAINAL
Ketua AMK Bangi

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Ketua AMK Hulu Selangor

JESTIN RAJ A/L SAVARIMUTHU
Ketua AMK Kota Raja

AHMAD FAIZ MUSTAPA KAMAL
Ketua AMK Klang

SHAHRULNIZAM ABDUL RAHIM
Ketua AMK Petaling Jaya

MOHD HELMI SANUSI
Ketua AMK Tanjong Karang

MEGAT SHARIFFUDIN SHAHARUDDIN
Ketua AMK Kapar

AWALLUDDIN SHARIFF
Ketua AMK Ampang

ARIE YUDISTIRA ISHAQ ARIFIN FADLI
Ketua AMK Gombak

SELVENTHIRAN A/L SANDANAM
Ketua AMK Kuala Selangor

MOHAMAD KUSINI ABD RAHIM
Timbalan Ketua AMK Selayang

SYAFIQ IQMAL FOZI
Timbalan Ketua AMK Sungai Buloh

MOHD IZAT HAMIRUDIN
Timbalan Ketua AMK Pandan

 



Comments
Loading...