‘Kalau mahu dedah, biar dedah semua’


BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador perlu mendedahkan juga jika wujud campur tangan politik dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

(Malaysia Post) – Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata Abdul Hamid perlu mendedahkan jika wujud campur tangan politik oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika era kerajaan PH.

“Tetapi bagaimana selama 22 bulan ketika PH memerintah. Apakah tidak ada campur tangan poliitik oleh Tun Mahathir ketika itu?,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Abdul Hamid semalam yang beliau akan membuat pendedahan berhubung dakwaan salah guna kuasa seorang tokoh berjawatan penting dan berpangkat ‘Datuk Seri’.

Astro Awani melaporkan Abdul Hamid mendakwa, individu tersebut dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan salah satu cabang institusi kepolisan negara dipercayai Cawangan Khas (Special Branch) bagi tujuan politik.

“Saya akan membuat pendedahan mengenai salah guna kuasa untuk tujuan menekan musuh politik individu berkenaan,” katanya.

Mengulas mengenainya, Mohd Puad rakyat tentu mengalu-alukan pendedahan Abdul Hamid berhubung perkara itu dan berharap akan ada tindakan susulan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Comments
Loading...