Walau kerajaan tiada banyak wang, seorang timbalan menteri baharu dilantik


Hanya selepas tiga hari Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin mengakui kerajaan sudah tidak ada banyak wang, seorang timbalan menteri baharu dari Sabah pula dilantik.

(Malaysia Dateline) – Semalam, Setiausaha Agung Parti STAR SABAH, Senator Datuk Guandee Kohoi dilantik sebagai timbalan menteri bagi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Sebelum ini, Guandee telah dilantik menjadi Senator pada 16 Disember lalu.

Pelantikan tersebut menambah senarai anggota Kabinet Mahiaddin yang sebelum ini sudah pun digelar sebagai Kabinet XXL.

Oleh itu, kerajaan PN di bawah pimpinan Mahiaddin mempunyai Kabinet yang begitu besar iaitu seramai 32 menteri dan 39 timbalan menteri setakat ini.

Mahiaddin pada 12 April berkata, kerajaan PN membelanjakan lebih RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan sejumlah pakej rangsangan untuk membantu rakyat yang terpukul akibat pandemik.



Comments
Loading...