Minta ‘Perkenan’ Menangani Kontroversi. Dan Sedikit Soalan Kepada Menteri Agama.


Jika Raja-Raja Melayu putuskan untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi, apakah ianya boleh menidakkan tanggungjawab Mahkamah (mengikut Perlembagaan) untuk putuskan perkara ‘legal’ seperti ini? 

OutSyed the Box

 

  • KL : Jakim, agensi agama akan ambil tindakan selepas perkenan Raja-Raja
  • Menteri kata pihaknya serah laporan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
  • Kita mengangkat hal ini kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja 
  • Kita akan uar-uarkan tindakan selanjutnya katanya 
  • 10 Mac Mahkamah Tinggi putuskan Kristian boleh guna kalimah Allah 
  • KDN telah failkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan pada 15 Mac 
  • tindakan Jakim bergantung kepada Majlis Raja-Raja 
  • — BERNAMA

 

My comments :

Rupanya sejak 12 tahun sudah Negeri Perlis telah pun fatwakan bahawa isu orang bukan Islam sebut Allah tidak menjadi masalah bagi negeri Perlis. Yang berikut ini adalah video YouTube Mufti Perlis Dr Maza memberi penjelasan berkenaan isu ini. Sila lihat video berikut.

 

My comments :

Jadi rupanya perkara ini menjadi kontroversi hanya dalam negara kita Malaysia sahaja. Dan ianya jadi kontroversi hanya di kalangan segelintir orang Melayu sahaja. Isu kalimah Allah ini tidak menjadi masalah bagi semua orang Melayu, terutama sekali Mufti Perlis Dr Maza.

Apa maksudnya? Maksudnya ialah bagi sebahagian orang Melayu, agama itu mempunyai paspot. Agama yang “berpaspot”. Ia itu apabila di Malaysia sahaja, kalimah Arab tertentu tidak boleh digunakan oleh agama lain. Tetapi bila di negeri Arab pula, agama nya tidak ada “paspot” yang sebegitu.

Ikut Mufti Perlis, di negeri Arab pula, kitab Bible di cetak dalam bahasa Arab di mana kalimah Allah digunakan pada banyak rujukan.

Dan Dr Maza juga sebutkan bahawa kitab agama Sikh (yang diberi nama Guru Granth Sahib) juga merujuk tuhan dengan nama Allah.

  • Ini Mufti Perlis Dr Maza yang cakap dalam video di atas. 
  • Bukan saya cakap tau. 
  • Jangan marah saya tau. 

Jadi apakah aduan mengenai penggunaan kalimah Allah akan merangkumi kitab agama Sikh sekali? Ataupun apakah sasarannya hanya terhadap agama Kristian sahaja? Tak aci lah macam itu.

Dr Maza juga rujuk beberapa catitan “bismika allah-humma” oleh orang bukan Islam. Dan ikut penjelasan Dr Maza dalam video itu, kaum Arab Jahiliyah menyebut “Labayk Allah”.

Jadi bagi masyarakat Arab penggunaan kalimah Allah oleh orang Arab Kristian (contohnya) adalah sebahagian daripada perbualan harian mereka.

Serupa dengan orang Arab Kristian menggunakan kalimah “nahl” untuk semut. Atau “nur’ untuk cahaya. Atau ‘nisaa’ untuk wanita (yang juga menjadi nama surah dalam Al Quran ia itu Surah an Nahl, Surah an Nur dan Surah an Nisaa). Ini adalah perkataan biasa dalam bahasa Arab yang menjadi sebahagian daripada pertuturan harian mereka.

Dan Al Quran juga kerap merujuk kalimah Allah digunakan oleh atau merujuk kepada orang bukan Islam sekali. Contoh yang disebut Dr Maza ialah daripada Surah al Ankabut dan Surah al Hajj.

(Al Ankabut) 29:61 –  Dan sesungguhnya jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan ?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan ?

29:63 –   Dan sesungguhnya jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah : “Alhamdulillah”, bahkan kebanyakan mereka tidak memahami.

29:65 –   Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.

(Al Hajj) 22:40  Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya ; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;

Jadi dalam Al Quran dan daripada zaman silam orang Arab, penggunaan kalimah Allah tidak di ‘paspotkan’ mengikut agama.

Tetapi di Malaysia jelas bahawa ramai juga orang Melayu tidak faham sejarah, tidak faham bahasa Arab dan tidak faham agama pun. Sehingga perkara yang tidak mampu ‘angkat kening’ pun (does not even raise eyebrows) di kalangan orang Arab (Islam dan Kristian) boleh digembar-gemburkan seolah masalah besar dan kontroversi yang perlu dijerit-jeritkan, diemosikan, dirayukan, dibentangkan, didebatkan, dijawatankuasa-kan, dimesyuaratkan, dilaporkan dan begitu.

Saya sendiri pernah melihat Tariq Ramadan (cucu kepada Hasan al Banna, pengasas Ikhwan Muslimin) tergelak ketawa apabila diminta mengulas ‘kontroversi kalimah Allah’ di Malaysia. Beliau sedang melawat negara kita pada masa itu dan dijemput memberi ucapan di Putrajaya.  Maksudnya beliau terkejut bahawa isu ini boleh menjadi kontroversi di Malaysia.

Akhir kalam soalan saya kepada Menteri Agama adalah seperti berikut.

Soalan 1. 

Apakah tindakan merujuk isu ini untuk perkenan DYMM Raja-Raja Melayu akan hanya memikulkan beban atas bahu DYMM Raja-Raja Melayu?

Secara lojiknya tindakan Menteri Agama merujuk perkenan Raja-Raja Melayu  dalam hal ini mengharapkan kemungkinan :

a. Raja-Raja menerima keputusan Mahkamah Tinggi
b. Raja-Raja menolak keputusan Mahkamah Tinggi

Tetapi perkara ini telah pun diputuskan oleh Mahkamah di mana mengikut undang-undang negara kita mesti patuhi keputusan Mahkamah.

Sebab (secara hipotesis saja) jika Raja-Raja Melayu putuskan untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi, apakah ianya boleh menidakkan tanggungjawab Mahkamah (mengikut Perlembagaan) untuk putuskan perkara ‘legal’ seperti ini?

Boleh kah DYMM Raja Raja Melayu menolak sesuatu keputusan oleh Mahkamah?

Ataupun (soalan susulannya) sanggupkah DYMM Raja Raja Melayu menolak keputusan Mahkamah?

Tindakan Menteri Agama merujuk isu ini untuk perkenan DYMM Raja Raja Melayu hanya meletakkan tekanan atas DYMM Raja-Raja Melayu.

Dalam bahasa mudah this looks like tai chi atau deflection di mana “kemusykilan” melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi di tai chi kepada orang lain.

Soalan 2. 

Bagaimana pula dengan istilah agama lain yang digunapakai oleh orang Melayu sebagai istilah agama Islam? Contohnya perkataan syurga dan neraka.

Perkataan syurga dan neraka bukan bahasa Arab dan tidak terjumpa dalam Al Quran. Syurga dan neraka diambil daripada bahasa Tamil (Syorgam dan Naraka) yang juga digunakan oleh bahasa Sanskrit (bahasa “rasmi” agama Hindu).

Naraka (Hinduism)  From Wikipedia, the free encyclopedia

Naraka is the Hindu equivalent of Hell, where sinners are tormented after death. It is also the abode of Yama, the god of Death. It is described as located in the south of the universe and beneath the earth.

Gambaran ‘Naraka’ dalam agama Hindu.

 

Al Quran menyebut jannah (taman) dan naar (api) yang dialihbahasakan menjadi syurga dan neraka dalam bahasa Melayu.

Penggunaan kalimah agama Hindu seperti syurga dan neraka langsung tidak menjadi misteri sebab agama Hindu sangat berpengaruh dan sudah bertapak selama seribu tahun di kawasan Nusantara.  Contohnya Pulau Bali masih beragama Hindu dan ramai orang Indonesia berbangga dengan warisan Hindu mereka termasuk Presiden Jokowi yang sering mulakan ucapan rasminya dengan menyebut mantera Hindu “Om Shri. . Namaha . . .” (lebih kurang begitu).

Dan kedutaan besar Indonesia di Washington DC (Amerika Syarikat) menjadi famous kerana meletakkan patung Dewi Hindu Saraswati dihalaman kedutaan itu.

 

Patung Dewi Hindu Saraswati di Kedutaan Indonesia, Washington

Jadi soalan saya kepada Menteri Agama ialah apakah ianya ok bagi orang Melayu masih menggunakan istilah Tamil / Sanskrit agama Hindu ‘Syorga’ dan ‘Neraka’ padahal al Quran menyebut kalimah Arab jannah dan naar?

Kalaulah ianya tidak ok bagi orang bukan Islam berpaspot Malaysia menggunakan kalimah Allah, bagaimana pula dengan orang Islam berpaspot Malaysia menggunakan istilah syurga dan neraka yang confirm asal usulnya adalah daripada agama Hindu ?

Padahal Al Quran telah pun menyebut Jannah dan Naar.  Itu saja soalan saya.



Comments
Loading...