Ahmad Maslan minta ahli Parlimen Umno, BN sokong PN hingga Parlimen bubar


(Bernama) – Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) diminta untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan, kata Setiausaha Agung BN Ahmad Maslan.

Beliau berkata sokongan itu penting untuk memastikan kerajaan sedia ada dapat melakukan yang terbaik dalam usaha untuk mengekang pandemik Covid-19.

“Kerajaan sekarang adalah kerajaan campuran, ia bukan hanya kerajaan PN tetapi juga kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)…. sehingga pembubaran (Parlimen), kami masih bersama dalam kerajaan campuran ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima suntikan vaksinasi Covid-19 di Klinik Kesihatan Pontian hari ini.

Turut menerima suntikan vaksin itu adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Tanjung Piai Dr Wee Jeck Seng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Sebatang Muhammad Taqiuddin Che Man.

 



Comments
Loading...