PENDEDAHAN LAPURAN SPECIAL BRANCH: MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI UMNO


This leaked Special Branch report on Umno’s Supreme Council meeting has been officially denied but party insiders say it is authentic

Pada 19 FEB 2021, jam 2100 – 20 FEB 2021 jam 0005, telah berlangsung Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik, Bentong, PAHANG. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dato’ Seri Dr AHMAD ZAHID HAMIDI – Presiden UMNO.

Hadir

2. Seramai lebih kurang 55 orang yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi-pengerusi Perhubungan Negeri.

3. MT UMNO telah membuat keputusan menolak kerjasama dengan BERSATU pada PRU Ke-15 sebaliknya akan mengekalkan kerjasama utuh di antara UMNO/BN/PAS yang akan bertanding dibawah MN pada PRU 15 akan datang; dan

4. MT UMNO sebulat suara bersetuju dengan keputusan Dato’ Seri Dr AHMAD ZAHID HAMIDI dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO Pusat, iaitu menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan menolak jawatan TPM untuk UMNO.

Ulasan

5. Sebelum mesyuarat MT UMNO, telah diadakan Mesyuarat Biro Politik di mana Ahli-Ahli MT UMNO dan Pengerusi-pengerusi Perhubungan Negeri-negeri telah mendengar taklimat oleh JUARA, Pengarah Pilihanraya dan BN Comms melalui ‘slide’. Taklimat tertumpu kepada hasil pemantauan oleh ketiga-tiga bahagian tersebut di seluruh negara mengenai arah sokongan dan keperluan rakyat untuk kepimpinan UMNO diperingkat Cawangan, Bahagian, Negeri dan Pusat mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO/BN bagi menghadapi PRU 15. Mesyuarat tersebut juga telah membuat keputusan menolak kerjasama dengan kerajaan PN pada PRU Ke-15 dan jawatan TPM.

 



Comments
Loading...