PRU-15 akan diadakan apabila Covid-19 berakhir


(FMT) – Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, menegaskan pilihan raya umum ke-15 akan diadakan apabila pandemik Covid-19 berakhir.

Beliau berkata, ada yang berpendapat Belanjawan 2021 perlu ditolak untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.

“Tak perlulah buat begitu. Kalau tanya saya, mungkin semalam lagi saya nasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya bubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihan raya diadakan.

“Tetapi kita semua tahu masalahnya ialah Covid-19, dan insyaAllah apabila pandemik ini berakhir, kita adakanlah pilihan raya umum.

“Kita kembalikan mandat kepada rakyat, dan biarlah rakyat buat keputusan untuk memilih kerajaan yang mereka mahu,” katanya pada Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-3 PPBM.

 



Comments
Loading...