Jual Aset: Apa Jadi Abahku? – Puad


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa sudah terkena virus kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang suka menjual aset Bumiputera kepada bukan Melayu atau orang asing.

(Suara TV) – Perkara ini dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi yang mengingatkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak menjadi seperti peribahasa “terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau”.

Kata Puad, KWSP turut mengeluarkan kenyataan akan menjual beberapa asetnya untuk menampung pengeluaran dari akaun 1 dan 2.

“ Apa jadi Abahku? Jangan pula “Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau”, catat Puad di Facebooknya.

Beliau turut mendedahkan, adalah amat sedih apabila Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjual keseluruhan saham majoriti 56.3 peratus yang dipegangnya dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada syarikat milik bukan bumiputera Batu Kawan Bhd (BKB) pada harga RM292.8 juta.

“CCM adalah syarikat yang untung. Tan Sri Dr Zeti Aziz adalah Pengerusi PNB. Beliau dilantik okeh Tun Dr Mahathir Mohamad,” ujarnya.



Comments
Loading...