Semua 41 ADUN GRS Akan Mengadap TYT Hari Ini


(Suara TV) – Semua ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mengadakan perbincangan bagi menentukan calon Ketua Menteri yang baharu.

Perkara itu di maklumkan oleh Setiausaha Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa melalui laman Twitternya.

“Semua 41 ADUN GRS plus bertemu mesra buat pertama kali hari ini. Ketua Ketua parti UMNO, BERSATU & PBS akan mengadap TYT hari ini juga, Insyaallah.” katanya sebentar tadi.

Menteri Wilayah Persekutuan itu turut menegaskan di sebalik khabar-khabar angin yang tersebar, pemuafakatan di dalam GPS akan tetap di teruskan.

“Permuafakatan pimpinan UMNO BERSATU PAS di teruskan atas wadah satukan rakyat pelbagai Bangsa Dan Agama. Sabah turut menunjuk jalan ke arah Malaysia yang lebih baik dan Sabah yang terus maju. Terima kasih Sabah,” ujarnya lagi.

Upacara angkat sumpah yang di jadualkan pagi ini terpaksa di tangguhkan ekoran kegagalan GRS mencapai kata sepakat bagi menentukan calon ketua menteri.

GRS yang terdiri daripada PN, BN dan Parti Bersatu Sabah memenangi 38 daripada 73 kerusi DUN yang dipertandingkan dalam pilihan raya kali ini, justeru membolehkannya mendapat majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan.

Daripada 38 kerusi tersebut, PN menang 17 kerusi, diikuti BN (14) dan PBS (7).

 



Comments
Loading...