Mat Hasan kata Umno masih bersama PN


(Malaysiakini) – Umno masih lagi mendokong dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

“Setakat masa ini, Umno masih lagi bersama mendokong dan dan menyokong kerajaan PN.

“Sebarang perubahan pendirian sokongan mestilah di putuskan oleh parti,” katanya kepada Malaysiakini.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan baru.

Terdahulu Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman itu di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur hari ini.

Menjawab soalan wartawan, beliau berkata majoriti yang diperolehi adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

“Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil.

“Bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” katanya ketika sidang media.

Sementara itu Presden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, memandangkan Umno dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN), maka sokongan kepada kerajaan PN adalah sokongan dari ahli-ahli parlimen sahaja.

“Umno dan BN tidak dapat menghalang ahli-ahli parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Anwar yang berhasrat untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau sebagaimana dimaklumi.

“ Saya dimaklumkan ramai ahli-ahli parlimen Umno dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian ahli-ahli parlimen berkenaan,” katanya.

 



Comments
Loading...