Bersatu bincang isu calon Ketua Menteri Sabah


(Sarawak Voice) – Bersatu akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN) berhubung calon Ketua Menteri Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perkara itu akan diumumkan selepas selesai perbincangan antara semua pihak yang akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau turut memberi bayangan, keputusan mengenai siapa yang akan mengetuai PRN, sekali gus calon Ketua Menteri, akan ditentukan sebelum tarikh penting PRN nanti.

“Kita ada Pengerusi BPN Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sendiri, dan sudah tentu parti-parti gabungan PN juga ada wakil masing-masing.

“Kita akan duduk bincang untuk memastikan the credible candidate to lead election nanti,

“Sudah tentu kita umum sebelum pilihan raya, untuk pastikan rakyat faham bahawa apa yang kita lakukan ini adalah untuk masa depan yang lebih baik,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Hamzah berkata demikian pada satu sidang media bersempena Mesyuarat Pimpinan Bersatu Sabah di Maggelan Sutera Harbour, di sini, pada Sabtu.

 



Comments
Loading...