Kes 10% Rasuah Terowong : Strategi DAP & Lim Guan Eng Seterusnya …


(Dr MiM) – Tidak dapat dinafikan, DAP cukup cekap dalam drama meraih simpati.

Kes belum pun bermula tetapi DAP dan portal-portal sekutunya sudah giat menanam persepsi negatif ke dalam otak masyarakat.

Skrip mereka sama daripada dahulu iaitu kononnya mereka adalah pihak yang dianiayai, kes mereka bermotif politik dan wujud campur tangan parti lawan dalam sistem mahkamah negara untuk menentukan keputusan Hakim Mahkamah.

Tapi DAP buat-buat lupa dengan keputusan kes DS Najib Razak dan beberapa kes mahkamah yang berpihak kepada Guan Eng DAP.

Kes rasuah Guan Eng pula digugurkan begitu sahaja selepas PH jadi kerajaan walau pun kes sedang berjalan dalam mahkamah. SPRM pun amat terkejut dengan keputusan itu!

Kita faham motif DAP itu adalah untuk divert issue yang dihadapi oleh Guan Eng DAP.

Apa pun, satu perkara yang jelas ialah bagaimana kepimpinan tertinggi DAP bersolidariti dan mempertahankan Guan Eng. Mereka tidak menghilangkan diri, tidak menjauhi diri daripada Guan Eng atau bertindak populis meminta parti DAP supaya move on. Malah, mereka beramai-ramai menyebarkan skrip ‘simpati dan dianiaya’ ciptaan mereka itu di dalam media sosial.

Dalam masa yang sama, kita harap pihak berkuasa lebih tegas memantau kesahihan wang ‘Solidarity Fund‘ yang akan dlancarkan oleh DAP. Apakah akan wujud penggubahan wang haram, transaksi meragukan dan sebagainya?

p/s – sedang menanti aksi Atok Kit Siang DAP bergenang air mata meratapi kes anaknya.

 



Comments
Loading...