Tuduhan Rasuah Ini Bermotifkan Politik – Guan Eng


(Perak Today) – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan beliau ada menerima suapan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Astro Awani melaporkan, dalam sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Guan Eng menegaskan tuduhan terhadapnya adalah bermotifkan politik.

Beliau turut mempersoalkan dimanakah berlakunya rasuah kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah bertanyakan perkara itu kepadanya.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah terima sebarang suapan dan ini tidak ditanyakan SPRM di mana suapan saya.

“Dia (SPRM) tak pernah bertanya mana suapan saya samada dalam bentuk wang ringgit atau dalam akaun saya. Tak ada puluhan juta atau billion ringgit.

“Ini sebabnya saya akan melawan tuduhan rasuah ini sebab saya rasa ia bermotifkan politik,” kata bekas Menteri Kewangan itu dalam sidang media, di sini pada Jumaat.

Tambah Ahli Parlimen Bagan itu, tuduhan tersebut juga bertujuan untuk memburukkan imejnya sebagai Ahli Parlimen pembangkang.

Terdahulu, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas tuduhan meminta suapan berhubung Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Jenayah 9 di hadapan Hakim Azura Alwi atas dakwaan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Lim was slapped with a charge under Section 16(a)(A) of Malaysian Anti-Corruption Commission Act of using his position as then Penang chief minister to ask Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (Zenith) senior director Zarul Ahmad Mohd Zulkifli for a 10% cut of the profits which would be made from the roads and tunnel project.

 



Comments
Loading...