Ada cubaan burukkan kredibiliti hakim kes Najib


Terdapat percubaan untuk memburukkan kredibiliti Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali setelah dia memutuskan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak bersalah atas semua tujuh tuduhan terhadapnya dalam kes SRC International.

(Mkini) – Antara tuduhan yang dilancarkan di media sosial itu adalah dakwaan bahawa Nazlan, 51 tahun, adalah cucu saudara Dr Mahathir Mohamad.

Salah seorang yang membuat tuduhan tersebut ialah Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia Ramesh Rao, yang merupakan pendukung Najib.

Ramesh membuat tuduhan itu dalam satu ciapan di Twitter yang diulang ciap lebih 200 kali.

Ketika dihubungi, anak sulung Mahathir, Marina, 63, mengatakan bahawa dakwaan tersebut tidak benar.

“Kami rasa bangga kerana mereka berpendapat hakim berpengalaman seperti itu mempunyai kaitan keluarga dengan kami, tapi ini tidak benar,” katanya kepada Malaysiakini.

Untuk rekod, cucu sulung Mahathir kini berusia 33 tahun.

Read more here



Comments
Loading...