Bukti arahan Mahathir dan Guan Eng kepada SPRM dan Peguam Negara dalam kes pelepasan pembekuan akaun Tan Sri Lim Soon Peng


OLEH MACC INSIDER

Kronologi Kes dan Arahan:

1. 26.10.2018: Peguam Tan Sri Lim Soon Ping (TSL) menulis kepada KP SPRM (pada waktu itu Dato’ Sri Shukri Abdull) untuk lepaskan pembekuan semua akaun peribadi dan syarikat TSL (salinan dilampiran).

Shukri Abdull

2. Salinan surat diberi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (TDM).

3. 05.12.2018: TDM minitkan surat dari Lim Guan Eng (LGE), dan berpendapat TSL “tidak boleh dipersalahkan” pembekuan akaun peribadi dan syarikat TSL tidak boleh dikekalkan” (minit TDM dalam lampiran).

4. 19.02.2019: Surat Peguam TSL diterima oleh LGE dan beliau minitkan Peguam Negara Tommy Thomas (AG TT) arah pelepasan akaun-akaun itu dengan merujuk kepada minit TDM.

5. 31.05.2019: LGE tulis surat rasmi kepada AG TT mengarahkan akaun TSL dilepaskan daripada pembekuan;

6. 14.06.2019: AG TT menulis kepada LGE memaklumkan status kes dan arahan beliau kepada SPRM melepaskan pembekuan akaun2 TSL (salinan dilampirkan).

 



Comments
Loading...