Wakil rakyat Kuantan dituduh esok kes sebar berita palsu


(FMT) – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan dituduh esok berhubung kes penyebaran berita palsu di Facebook.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebelum ini disiasat berhubung dakwaan kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.

Pemimpin PKR itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Sebelum ini, polis memberitahu media kes disiasat bawah Seksyen 500 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu berkenaan fitnah dan mendatangkan khianat awam, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

 



Comments
Loading...