Enam individu dipanggil rakam keterangan kes kehilangan duit Syed Saddiq – Polis


(Malaysia Gazette) – Polis akan mengambil keterangan enam individu berhubung kehilangan wang tunai berjumlah RM250,000 milik Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di kediamannya di kampung Tunku pada Ahad lalu.

“Kesemua enam individu itu akan dipanggil ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Petaling Jaya dan diambil keterangan oleh pegawai kami hari ini,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui dalam sekatan jalan raya di Persiaran Surian Jalan Kota Damansara-Damansara dekat sini.

Semalam, Nik Ezanee mengesahkan Ahli Parlimen Muar itu telah membuat laporan polis berhubungan kehilangan wang dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Beliau turut mengesahkan seorang wanita warga Indonesia telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

 



Comments
Loading...