Gaji 80,000 pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan ditanggung


(Berita Harian) – Kerajaan bersetuju untuk membayar gaji yang ditanggung kontraktor perkhidmatan bagi pekerja mereka yang mendapat kontrak bagi sekolah, institusi pengajian dan agensi kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun pekerja tidak hadir bekerja.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia membabitkan kontrak perkhidmatan bagi pembersihan dan bekalan makanan bermasak di sekolah, universiti awam (UA), institusi latihan awam serta agensi kerajaan lain termasuk badan berkanun.

“Lebih 80,000 pekerja akan menerima manfaat daripada inisiatif ini yang membabitkan peruntukan berjumlah RM110 juta.

“Kerajaan juga bersetuju memanjangkan tempoh kontrak perkhidmatan yang berkenaan selama sebulan sebagai ‘trade-off’ dengan tempoh PKP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) di sini, hari ini.

 



Comments
Loading...