Mahathir tolak saya tapi majoriti orang Melayu sokong, kata Anwar Ibrahim


Bukan orang Melayu yang tolak saya, tapi Dr Mahathir Mohamad. Itu bidas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu tidak menyokong Anwar kerana falsafah politiknya yang liberal. “Tun Mahathir tolak saya tapi orang Melayu belum pasti. Saya bertanding di semua kawasan majoriti besar orang Melayu sokong saya. Di Port Dickson majoriti lebih 60 peratus sokong saya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini. Malah kata Anwar, sokongan kaum Melayu boleh dilihat juga di kawasan lamanya di Permatang Pauh apabila rata-rata pengundi mengundi Melayu masih memilih beliau.




 



Comments
Loading...