Tahniah, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri yang ke-lapan


Raja Sara Petra

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri yang ke-lapan. Harapan saya ialah suasana politik Malaysia akan kembali menjadi tenang dengan selesainya kemelut politik tanah air.

Apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dikatakan adalah ‘self-inflicted wound’. Orang Jepun panggil hara kiri. Muslihat ini telah Mahathir guna 18 tahun dahulu pada 2002 tetapi kali ini trick ini telah gagal.

Tugas yang pertama bagi Muhyiddin ialah untuk membentuk cabinet yang terdiri dari mereka yang berpengalaman dan bukan badut dari circus seperti 21 bulan kebelakangan ini. Selepas itu kerajaan baru perlu mengkaji dasar-dasar ekonomi Pakatan Harapan yang membawa mudarat kepada Negara dan yang tidak boleh dicapai kerana dasar-dasar ini tidak munasabah.

Bagus juga Umno kembali menjadi kerajaan dan DAP kembali menjadi pembangkang. Terbukti hampir dua tahun ini yang Umno tidak pandai menjadi pembangkang dan DAP pula kekok sebagai kerajaan. Semasa menjadi kerajaan pun DAP bersikap dan berkelakuan pembangkang.

Everyone goes back to doing what they are good at.

Sementara itu kami menunggu perkembangan baru esok hari. Tetapi awas, Mahathir dan Pakatan Harapan akan cuba sedaya upaya mereka untuk menggulingkan Muhyiddin dan menjatuhkan kerajaan baru ini kerana mereka ialah sore losers.

 



Comments
Loading...