Isu serangan seksual: Ujian ‘pengesan penipuan’ mengesahkan Yusoff bercakap benar


The Third Force

Saya baru menerima maklumat daripada sumber tertentu bahawa ujian poligraf (pengesan penipuan) yang diambil oleh Muhammed Yusoff Rawther mengesahkan bahawa dakwaan beliau terhadap presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar.

Saya juga diberitahu bahawa kehadiran Yusoff di rumah Bukit Segambut milik Anwar pada 2hb Oktober 2018 di sekitar pukul 3 petang direkodkan oleh pengawal keselamatan di pintu pagar masuk dan juga disaksikan oleh seorang pembantu rumah.

Pada 17hb Disember 2019, Yusoff telah menjalani ujian poligraf di Bukit Aman selama empat jam atas kerelaan dirinya tanpa diminta atau dipaksa oleh pihak polis untuk berbuat demikian.

Walaubagaimanapun, saya difahamkan bahawa sehingga kini, pelawaan pihak polis untuk Anwar melakukan ujian yang sama ditolak oleh presiden PKR tersebut.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...