Kontroversi baru: lagu Negaraku versi Mandarin


(Ismaweb) – Belum reda isu Jalur Gemilang lima bintang, timbul pula isu pelajar sekolah menyanyikan lagu Negaraku dalam versi bahasa Mandarin.

Menerusi video berdurasi 1:22 minit yang tular, memaparkan murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku secara beramai-ramai di dalam sebuah kelas, tanpa dinyatakan lokasi dan bila berlaku.

Murid dalam video berkenaan didapati majoriti berbangsa Cina, dan terdapat seorang murid Melayu bertudung. Video itu dipercayai dimuat naik oleh pengguna Facebook, Sahrin Bakron. 

Laporan The Reporter yang dikongsi oleh My Media Hub mendapat kecaman daripada netizen yang rata-ratanya marah kerana tidak hormat kepada lagu Negaraku.

“Mereka tak sengaja tu. Maafkan jela. Macam isu bendera juga, semuanya dilakukan secara tak sengaja jadi kita kene maafkan. Mereka pasang bendera terbalik pun haritu tak sengaja, yang penting jangan ada apa-apa tindakan berat kat mereka,” sindir Sufian Roslee.

“Sebab korang yang nak sangar perubahan kan? Sekali negara dapat kat tangan cina bukit komunis ni, padan lah muka, jangan nanti Malaysia jadi seperti Melayu Singapore sudah,” tulis Abdul Aziz Omar.

Puspawangi Fatimah berkata, apa sahaja alasan mereka selepas tidak boleh diterima dan salah sama sekali.

“Tak bole tukar bahasa lagu sesuka hati. Singapore pun nyanyi lagu kebangsaan dalam bahasa Melayu.. Jangan memandai cikgu, buruk padahnya. Beringat sebelum buat apa-apa,” katanya.

“Sepet ni dah lama pun biadap. Pemimpin melayu pun banyak jadi khadam depa. Sebab tu depa tak takut apa pun…lepas ni minta maaf…habis cerita,” tulis Paq Neq Puak.

Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Lagu Negaraku diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12 malam di ambang 31 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor.






Comments
Loading...