Jangan layan DAP, sudah banyak tanah tergadai kepada Cina


(Ismaweb) – Jangan layan desakan parti tamak haloba, DAP kerana sudah banyak tanah negara tergadai kepada orang Cina, kata Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya.

Beliau berkata demikian mengulas desakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming supaya kerajaan negeri menunaikan janji pemberian hak milik kekal tanah kampung baru bermula hujung tahun ini.

Pemimpin parti rasis dan cauvinis itu berkata, pemberian hak milik kekal kepada kampung baru seharusnya bermula akhir tahun ini sempena Tahun Baru Cina, di mana keputusan wajar perlu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menempelak desakan Kor Ming, Haji Aminuddin mempersoal tindakan DAP bersungguh-sungguh mahukan kerajaan negeri menunaikan janji manifesto.

Sindirnya, DAP patut malu kerana banyak lagi janji-janji manifesto lain yang masih tidak tertunai.

“MB Perak mesti bertegas dan tidak tunduk kepada desakan DAP. Jika tanah itu Tanah Rizab Melayu maka sudah tentu ia melanggar Perlembagaan mengenai hak orang Melayu.

“Difahamkan tanah-tanah berkenaan terletak di kawasan bandar. Ini sudah pasti menyebabkan demografi kependudukan akan semakin terpisah, orang Melayu hanya akan tinggal di kampung-kampung sahaja,” katanya kepada Ismaweb.net.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan mesti melihat nasib orang Melayu dan memberikan keutamaan terhadap masalah kemiskinan yang dihadapi oleh mereka.

“Jangan layan kehendak orang Cina yang memang sudah menguasai banyak tanah-tanah di negara.

“Melayani desakan mereka hanya akan menimbulkan hubungan kaum yang semkain tegang,” katanya lagi.

Ogos tahun lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika menggulung perbahasan atas Titah Diraja pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 menjelaskan, pihaknya tidak boleh memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung baharu kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) pada 25 April 1997 menetapkan tempoh pegangan pajakan bagi kampung-kampung baharu tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 60 tahun tetapi tidak melebihi 99 tahun.

Bagaimanapun, keputusan menteri besar itu menyebabkan DAP Perak mengingatkan beliau bahawa perkara itu telah dijanjikan dalam manifesto pilihan raya PH dan gabungan politik itu komited untuk melaksanakan semua janji itu.

Kor Ming yang masih tidak berpuas hati berkata, Perlembagaan Persekutuan menetapkan tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri sementara MTN ‘hanya memberikan nasihat’.

 



Comments
Loading...