YB JERAM CABAR DAP BUANG BERSATU DARIPADA PAKATAN HARAPAN


KENYATAAN AKHBAR

Kenyataan ronnie liu adalah sangat keterlaluan dan sudah melampaui batas yang mana perkara ini boleh menjejaskan hubungan dan kerjasama antara parti di dalam pakatan harapan.

Tindakan mempersoalkan kredibiliti Tun Mahathir Mohamad adalah suatu perkara yang biadap dan sangat sombong apabila menyatakan pendirian bahawa PH mampu membentuk kerajaan tanpa parti Bersatu.

Saya cabar Ronnie liu dan kepimpinan tertinggi DAP untuk membawa satu usul untuk membuang Bersatu dari komponen parti pakatan harapan di dalam mesyuarat majlis presiden pakatan harapan.

Saya percaya bahawa ronnie liu masih berdendam dengan tun mahathir dan masih terbawa bawa sifat sebenar DAP iaitu rasis dalam mengeluarkan kenyataan.

Atas kesedaran ini, saya bersedia untuk keluar daripada kerajaan PH di selangor sekiranya Ronnie liu tidak menghormati kepimpinan tertinggi pakatan harapan. Ini adalah tindakan protes saya kepada DAP yang saya lihat semakin hari semakin kuat bermuka muka dan rasis.

Tindakan ini adalah membuktikan bahawa Tun Mahathir masih relevan sebagai perdana menteri dan ketika ini rakyat masih memerlukan beliau untuk memulihkan negara.

Saya yakin dan percaya bahawa Tun Mahathir mampu membina satu kerajaan baru tanpa DAP sekaligus memadamkan keegowan DAP dengan membentuk gabungan kerajaan melayu islam yang baru.

YB TUAN MOHD SHAID BIN ROSLI
ADN SELANGOR KAWASAN JERAM

 



Comments
Loading...