Kes AMLATFPUAA Dato’ Dr Nasha tidak babit PAS


DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF, HARAKAH

MENELITI tiga pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Dr Nasharudin Mat Isa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) maka dapatlah dirumuskan bahawa ketiga-tiga pertuduhan ini adalah melibatkan perlakuan peribadi beliau yang tidak melibatkan PAS, iaitu:

(1)     Mendepositkan wang yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada Global Movement of Moderates Foundation (GMFF) berjumlah RM25,000.00 ke akaun milik SMR Performance Sdn Bhd pada 9 November 2018.

(2)     Mendepositkan wang yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada Global Movement of Moderates Foundation (GMFF) berjumlah RM76,569.60 ke akaun milik Sisma Auto (KL) Sdn Bhd Performance Sdn Bhd pada 14 November 2018.

(3)     Mendepositkan wang yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada Global Movement of Moderates Foundation (GMFF) berjumlah RM200,000.00 ke akaun milik Duadaya Interior Sdn Bhd pada 20 Disember 2018.

Fakta ini sudah pasti akan melegakan ahli, pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini dilanda kebimbangan bahawa ia akan memalitkan nama PAS.

Lebih jelas lagi, pertuduhan ini langsung tiada kaitan dengan dakwaan penerimaan dana berjumlah RM90 juta kepada pemimpin-pemimpin PAS yang dikatakan berlaku membabitkan dana 1MDB sebelum PRU14, malah kesemua pertuduhan ini hanya berlaku selepas PRU14.

Semoga ini akan menjernihkan keadaan.

 



Comments
Loading...