Komik diberi pada presiden Xi Jinping bukan hadiah rasmi PM


(Malaysiakini) – Komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan- Meraih Manfaat Bersama’ yang disampaikan kepada presiden China, Xi Jinping bukan hadiah rasmi dan diberikan tanpa mengikut prosedur, kata Pejabat Perdana Menteri hari ini.

“Di dalam komik tersebut tertera gambar YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad dan keterangan yang menyebut buku komik ini dihadiah kepada Presiden Xi Jinping oleh perdana menteri sendiri semasa pertemuan dua hala sewaktu di Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa ke-2.

“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa buku ini bukan hadiah rasmi semasa pertemuan tersebut dan ia dibawa tanpa melalui prosedur dan saluran yang betul,” jelasnya dalam satu kenyataan malam ini.

DAP Spreading Propaganda And Communism In Schools Through Comic Books

Home Ministry Probing Distribution Of DAP Comic Book To Schools

Kenyataan itu juga menjelaskan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tidak terlibat dalam penerbitan komik berkenaan.

“Perdana Menteri tidak pernah terlibat di dalam penerbitan buku ini atau mengetahui isi kandungannya.

“Beliau juga tidak pernah memberi persetujuan agar gambar beliau digunapakai untuk apa-apa tujuan atau memberi kebenaran agar komik tersebut diedarkan di sekolah,” jelas kenyataan itu.

Bekas perdana menteri Najib Razak baru-baru ini mendakwa komik berkenaan menyebarkan propaganda DAP dan komunis serta diedarkan di sekolah-sekolah.

Komik itu diterbitkan hasil kerjasama antara Kurator Muzium Kebudayaan dan Komik Asia yang berpangkalan di Pulau Pinang, Hew Kuan Yau dengan artis tempatan Chong Po Ling.

Semalam, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kemen terian itu tidak pernah memberi kebenaran atau kelulusan untuk pengedaran komik berkenaan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bagaimanapun menafikan buku berkenaan mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri mahupun DAP.

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin hari ini berkata kementerian itu akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit dalam penerbitan dan pengedaran komik didakwa berunsur propaganda itu.

Beliau berkata pihaknya sudah mengenal pasti identiti pihak yang terbabit termasuk pengarangnya dan akan meminta Bahagian Keselamatan KDN mengambil keterangan daripada pihak berkenaan.

 



Comments
Loading...