PETISYEN TINDAKAN SAMAN KERAJAAN PH DAN MENGGESA MENUNAIKAN MANIFESTO PILIHANRAYA PRU14


Kami, Gerakan Manifesto Nasional menyeru Rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk bersama-sama kami menuntut agar Manifesto Pilihanraya menjadi satu akujanji kontrak yang mengikat.

Manifesto sepatutnya adalah satu akujanji kontrak dan bukan sekadar dokumen janji-janji kosong Parti Politik untuk menipu atau memperdaya Rakyat seperti apa yang berlaku pada PRU14.

Sebagai langkah Pertama kami akan memfailakan satu saman terhadap kerajaan dan pihak PTPTN sehingga ke Mahkamah Persekutuan bagi menuntut perintah pengisytiharan bahawa Manifesto adalah akujanji kontrak yang mengikat dan segala janji manifesto berkaitan PTPTN pada PRU14 wajib ditunaikan.

Ini kerana janji-janji manifesto PTPTN di dalam PRU14 telah memperdaya dan menipu ramai peminjam-peminjam PTPTN.

Jika petisyen ini mendapat tandatangan melebihi 100,000 orang, kami akan membawa petisyen ini kepada ahli-ahli parlimen agar satu deraf cadangan undang-undang manifesto dibentangkan di Parlimen dan digubal sebagai Akta Manifesto untuk dikuatkuasakan sebelum PRU15 kelak.

TANDATANGAN DI SINI: PETISYEN TINDAKAN SAMAN KERAJAAN PH DAN MENGGESA MENUNAIKAN MANIFESTO PILIHANRAYA PRU14

 



Comments
Loading...