Apo nak dikato: kena serang tak habis-habis


Ialah, cakapkan senang, bila dah duduk dalam padang jadi lain pulak cerita. Baru tahu rupanya teori dengan praktikal tak sama. Hari ini mana si Tony Pua dan si Rafizi Ramli tu? Dulu cakap sampai berbuih-buih mulut. Macam-macam teorilah, strategilah dengan siap kira-kira sekali. Sekarang satu benda pun tak jadi.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Letih betul aku tengok. Bola asyik duduk depan gol kita je. Sekali pun bola tak pernah duduk depan gol dia orang. Apa ni? Team kita ni memang lembab betullah.

Nampaknya kita sekarang ni asyik main defence je. Tak main attacking langsung. Semua dari team kita berebut-rebut duduk depan gol kita sendiri sebab nak stop bola. Takde siapa pun duduk depan gol dia orang. Goalkeeper dia orang rilek je sampaikan nak tertido sebab takde kerja nak buat.

Siapa yang main attacking dan siapa main defence pun dah tak tahu. Mana taknya, yang sepatut main attacking pergi ke defence dan yang patut main defence dah pergi attack. Memang sekarang ni dah jadi kucar kacir dan kelam kabut.

Betul. Yang mana depan dan yang mana belakang pun dah takde beza. Semuanya sama. Game apa yang main macam ni?

Pakatan Harapan kena serang tak habis-habis

Itulah. Dulu, sebelum mulanya game, cakap bukan main hebat sangat. Asyik kata team dia orang hapraklah. Team dia orang memang tak guna. Team dia orang dah lama sangat dan bukannya boleh main pun, bukan macam team kita yang hebat ni. Team kita best in the world. Team kita main guna strategi dan team kita dianugerah oleh Allah dan macam-macam lagi. Cakap punyalah takbur sampai tak ingatkan dunia. Sekarang ni bila dah dapat main, nak tendang bola pun tak boleh.

Ialah, cakapkan senang, bila dah duduk dalam padang jadi lain pulak cerita. Baru tahu rupanya teori dengan praktikal tak sama. Hari ini mana si Tony Pua dan si Rafizi Ramli tu? Dulu cakap sampai berbuih-buih mulut. Macam-macam teorilah, strategilah dengan siap kira-kira sekali. Sekarang satu benda pun tak jadi.

Mungkin mereka ni sudah menyorok dalam lubang gua sebab malu nak tunjuk muka kot.

Geng takbur dan cakap banyak

Kau tengok si Najib Razak tu pula. Dulu macam-macam orang kita asyik dok mengata dekat dia. Kata dia tak boleh mainlah, tak gunalah. Kena pastikan dia dibuang kalau team mereka nak menanglah. Sekarang ni pulak tenguk apa dia buat. Kejap-kejap dia shoot gol. Tak boleh ada peluang sikit langsung, mesti dia akan shoot. Najib sorang je dah sampai lima gol dia masukkan. Sampaikan goalkeeper kita dah terkangkang tak tahan. Ni baru Najib sorang, bayangkan kalau yang lain pun buat benda yang sama. Arwah agaknya goalkeeper kita.

Ini semua salah manager kita. Mana taknya salah dia, yang dia tahu nak bergaduh dengan si Anwar Ibrahim tu je. Nak berebut kuasa. Apa yang mereka pentingkan nak jadi manager dari nak jaga team kita.

Ah ah. Lepas tu apa yang dia buat? Kejap-kejap pergi luar negara. Pergi UN lah, India lah, Jepun lah, England lah. Cuma Khazakstan je tak pergi.

Mana dia berani nak pergi Khazakstan? Nak mampus!

Manager tak pernah ada di dalam negara

Tak tahulah sebab apa dia suka sangat pergi keluar negara. Jangan kata faedah, hasil yang dia dapat bawak balik pun tak tahu apa.

Mungkin dia nak berbincang atau nak tunjuk jaguh kampong dia dengan manager team negara lain. Sebab tu dia kena pergi ke luar negara kot tiap-tiap bulan.

Kadang-kadang lebih dari sekali dalam sebulan. Sampaikan enjin kapal terbang pun baru nak sejuk dah start balik sebab nak keluar negara. Tak boleh ke telefon atau pakai WhatsApp? Ini tak tau lah banyak mana duit bazir sebab nak terbang kesana dan kesini. Pergi pulak kalau sorang takpa, ni satu satu rombongan bas sekolah dia bawak. Membazir sampai beratus juta ringgit setahun. Lepas tu, bila dia balik, mulalah complain duit takde je memanjang. Kalau betul takde duit tak payahlah membazir terbang sana sini. Pakai telefon je cukup.

Aku rasa, sebenarnya otak dia dah serabut. Dia tahu yang team kita ni bunyi je lebih tapi bila atas padang sorang pun tak tahu main. Jadi dia pergi luar negara supaya dia dapat bertenang dan tak payah memikir tentang masalah team kita.

Cakap besar tapi tendang bola tak tahu

Mungkin jugalah tu. Tapi kalau macam inilah cerita dia malulah team kita. Sebelum game kita cakap macam-macam. Penyokong kita pulak letak harapan pada team kita. Dream Team lah. Hope for the Future lah. Team Malaysia Baru lah. Sekarang ni macam mana?

Itulah, bila kita takbur sangat dan kuat menipu inilah balasannya. Sekarang ni bukan saja penyokong kita malah satu dunia dah tahu. Nak menipu dan cakap besar memang tak boleh buat lagi dah. Ni baru nak masuk separuh masa kedua kita sedang kalah dan tengah tenat. Tak tahulah samada kita boleh ke tak bertahan sampai tamat perlawanan.

Penyokong kita pun dah ramai lari. Bukan setakat lari je, mereka sampai kutuk team kita kaw-kaw. Ada diantara penyokong kita dah bertukar menyokong team belah sana. Nampaknya penyokong kita sendiri dah takda harapan dengan kita dan mereka benci sehinggakan serik untuk menyokong kita lagi.

Najib sorang pun dah banyak score gol

Kita tak boleh nak salahkan mereka juga. Dulu kita juga yang mengatakan we are the best team in the world. Bila masa perlawanan, team kita nak tendang bola pun tak boleh. Yang manager kita pulak lepas tu asyik hilang tak tahu ke mana. Aku pun dah mula rasa benci.

Betul apa kau kata tu. Aku pun sama dah bosan dan benci. Malas nak tengok game bila team kita main. Lebih baik aku habiskan masa tengok video Semburit. Lagi banyak faedah yang aku dapat.

Apa bezanya. Pelakon-pelakon video Semburit pun dari team kita.

Betul. Tapi video Semburit tu sekurang-kurangnya orang kita dapat score gol. Jadi, takdelah frust sangat aku tengok.

 



Comments
Loading...