Kempen beli barangan Muslim tak salah tapi jangan boikot produk lain


(FMT) – Kempen membeli barangan Muslim tidak salah selagi tidak memboikot produk lain, kata Menteri Pembangunan Ushawan Mohd Redzuan Yusof.

Beliau berkata suhu perkauam yang meningkat akibat kempen tersebut berlaku sejak kebelakangan ini berlaku akibat salah faham terhadap usaha mengalakan pembelian barangan muslim tanpa menolak produk bukan muslim.

“Tidak salah dengan beli barangan Muslim ataupun barangan bukan Muslim kerana ianya terpulang kepada citarasa pengguna itu sendiri yang membuat keputusaan.

“Kita tidak boleh paksa orang membeli makanan kalau tidak menepati citarasa pengguna itu sendiri kerana kita mengamalkan pasaran terbuka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Turun Padang Mendekati Ushawan Di Peringkat Akar Umbi anjuran Tekun Nasional.

Dalam perkembangan lain, Mohd Redzuan berkata Malaysia perlu terus ke depan dalam usaha meningkatkan pasaran halal global akan tidak ketinggalan ke belakang.

“Jika usaha ini tidak diperkasakan Malaysia akan ketinggalan kebelakangan bukan hanya kepada negara Islam tetapi negara maju seperti Jepun yang sedang berlumba-lumba untuk menjadi juara industri halal untuk dunia.

“Namun negara maju seperti Jepun, Timur Tengah dan Rusia telah menyatakan kesedian untuk menjadikan Malaysia sebagai hub Industri halal.

Beliau berharap peluang ini digunakan seluas mungkin oleh usahawan kecil bagi meningkat kapasiti dan mutu produk untuk memasuki pasaran global.

 



Comments
Loading...