PM nafi beri projek RM450 juta di Kelantan secara rundingan terus


(FMT) – Dr Mahathir Mohamad menafikan kerajaan menawarkan sebuah projek bernilai RM450 juta di Kelantan melalui rundingan terus, sebaliknya ia adalah lanjutan kepada projek sedia ada.

“Sekiranya anda baca nota yang saya tulis, saya kata jika syarikat itu sedia mengurangkan kosnya dan ia merupakan lanjutan kepada projek terdahulu, jadi ia bukan rundingan terus,” katanya selepas mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Antirasuah di sini, hari ini.

Perdana menteri mengulas sepucuk surat didakwa daripada Kementerian Kewangan yang tersebar di media sosial mengatakan sebuah projek membina Bangunan Gunasama Persekutuan di Kota Baru ditawarkan melalui rundingan terus.

Surat bertarikh 26 Julai 2019 itu didakwa difaks kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Hasnol Zam Zam Ahmad.

Surat itu merujuk sepucuk lagi surat yang dihantar perdana menteri dua minggu lalu.

Isnin lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan Mahathir.

 



Comments
Loading...