Skandal RM450 Juta : Beranikah Guan Eng DAP?


(Dr MiM) – Beberapa perkara yg ‘diajar’ oleh ahli-ahli politik PH-DAP apabila berdepan dengan skandal ialah spin selagi boleh, jangan mengaku salah, tunding jari ke pihak lain dan soalan dijawab dengan soalan.

Ini yang berlaku di ketika rakyat menyambut Hari Malaysia tapi negara digemparkan dengan projek RM450 juta pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kota Bharu Kelantan menerusi rundingan terus.

Bila ditanya wartawan, Guan Eng tanya balik dengan soalan,

“Adakah saya yang tandatangan (surat)?” soalnya.
“Tetapi bukan saya yang tandatangan. Berapa banyak surat yang saya tandantangan? Dan oleh pegawai lain.

BILA wartawan sahkan surat itu tidak ditandatanganinya, Lim cakap lain pula,

“Tolonglah, ada banyak surat yang ditandatangani… Saya perlu buat penilaian dulu.”

Guan Eng DAP….kita bercakap tentang projek RM450 JUTA bukannya RM450. Pelik bila tidak tahu menahu langsung.

Dr Mahathir pun sama, jawapan klasiknya iaitu beliau ‘tidak tahu menahu’.

Ironi, walau tidak realistik jawapan-jawapannya, inilah taktik Guan Eng dan Mahathir untuk buy time dan beri mereka masa untuk ‘menyusun jawapan seterusnya’.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...