PERLEMBAGAAN TIDAK TAKRIFKAN ISLAM SUNNI ATAU SHIAH?


Dilaporkan semalam, mantan Hakim Mahkamah Rayuan Hisyamuddin Yusnus berkata dalam satu majlis di Suhakam, bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak pernah mentakrifkan Islam yang menjadi agama bagi persekutuan di negara ini sebagai Sunni atau Shiah. Beliau dilaporkan berkata Mahkamah tertinggi di negara ini belum pernah lagi memutuskan apakah aliran Islam yang diperuntukkan di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Saya kira mungkin mantan Hakim ini tidak membuat homework, malas membuat research, dan berkata-kata tidak berlandaskan ilmu perundangan yang tepat.

Sebenarnya sejak dari tahun 1987 lagi, Mahkamah Agung (Supreme Court) kita dalam kes Mustak Ahmed bin Dato’ Haji Abdul Rahim Gulam Rasool Shaik v Abdul Wahid bin Dato Haji Abdul Rahim [1987] 2 MLJ 449, telah memutuskan bahawa takrif Islam yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Islam aliran ahli sunnah wal jamaah, dari mazhab fiqh Shafie.

“As enshrined in our Constitution,” putus Mahkamah, “the official [sic] religion of Malaysia is Islam of the Shafie sect from the school of Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunnis).”

Mahkamah walaubagaimanapun turut menegaskan bahawa walaupun mazhab shafie adalah mazhab rasmi fekah, tetapi mana-mana mazhab fiqh lain yang muktabar, turut diterima pakai. Walaubagaimanapun, ini tentunya tidak termasuk aliran aqidah seperti shiah, kerana shiah bukan mazhab fiqh.

Mohon mantan hakim buat kerja rumah sebelum sembang yang bukan-bukan, plissssssss!

Mungkin ini yang dikatakan oleh Tun, (mantan hakim) Melayu pemalas!

Tan Sri Apandi Ali
Mantan Peguam Negara

 



Comments
Loading...