Bicara 1MDB kekal mula 19 Ogos


(Utusan) – Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditetapkan pada 19 Ogos ini akan berjalan seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Ia berikutan Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan terakhir pihak pendakwaan dan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kes berkenaan bagi memberi laluan kepada perbicaraan kes membabitkan penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd.

Sehubungan itu, perbicaraan kes 1MDB akan bermula setiap hari bermula 19 Ogos hingga 15 November ini kecuali hari Jumaat.

Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

 



Comments
Loading...