Exco Selangor sanggup akhiri karier politik, pertahan isu tukar agama sebelah pihak


(FMT) – Seorang exco Selangor yang mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini, tetap akan mempertahankan prinsipnya berhubung usul rang undang-undang penukaran agama anak secara sebelah pihak oleh ibu atau bapa.

Adun Kota Kemuning V Ganabatirau berkata, beliau sanggup mengakhiri karier politiknya demi mempertahankan pegangannya iaitu agama yang teragung harus mempunyai sifat kemanusian seperti adil dan penuh kasih sayang.

“Pendirian saya sangat jelas dalam isu penukaran agama anak secara sebelah pihak oleh ibu bapa.

“Keadilan dan kesaksamaan bukanlah milik sesetengah agama atau bangsa tetapi untuk selurut umat manusia tanpa ada bias,” katanya di Facebook, hari ini.

V Ganabatirau bersalaman dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika mengadap baginda pada 8 Ogos lalu.

Ganabatirau merupakan salah seorang daripada 4 exco bukan Islam yang mengadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan pada 8 Ogos lalu.

Terdahulu, DAP Selangor menegaskan tidak akan menyokong sebarang rang undang-undang di Dewan Negeri Selangor yang membenarkan penukaran agama anak secara sebelah pihak oleh ibu atau bapa.

Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo menegaskan sebarang cubaan memperkenalkan undang-undang sebegitu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menegaskan, usul berkenaan mungkin akan dibawa pada sesi sidang Dewan Negeri Selangor akan datang jika ada kepentingan.

Amirudin berkata, usul ini masih lagi dibincangkan di peringkat negeri dan memerlukan perbincangan dari pelbagai pihak termasuk dari rakan-rakan komponen dalam Pakatan Harapan.

 



Comments
Loading...