Nota terbuka meluat buat kamu, Anwar


Rasa itu menyelinap di segenap inci tubuh badan ini. Melihat rengekan mual yang tidak berkesudahan itu. Kalau sekali sekala meratib, tidak apa. Tapi kalau setiap hari bercakap soal yang sama, kelihatan semacam seorang lelaki yang gila talak pula.

Lama sebelum Pemilu diadakan, telah kami katakan, kami sepakat menolak orang tua itu untuk diangkat sekali lagi menjadi Perdana Menteri. Ketika itu, kamu kata, semua yang berlaku satu masa dahulu adalah luka-luka kecil sahaja. Masih terngiang-ngiang di telinga aku akan kata-kata itu. Masih terbayang-bayang gambar kamu berjabat salam dan berdakap erat.

Macai sakai kamu pula pantas menyerang kami dari segenap penjuru. Apa tuduhan yang macai sakai kamu tidak lemparkan. Makan dedak. Jual prinsip. Jual maruah. Kamu? Apa yang kamu lakukan ketika itu? Kamu diamkan saja. Kamu biarkan saja macai macai sakai kamu menjaja cerita seolah-olah kami ini telah menjual maruah.

Walau pun tuduhan “jumpa Najib” itu aku lakukan sebab arahan kamu sebab tak tahan siksaan terkurung untuk mulakan rundingan bagi dapat ruang “kebajikan”.

Takpalah itu lain kali kita kisahkan namun aku jadi meluat kerana kamu dan macai sakai kamu sepatutnya membantu dan sama-sama berusaha untuk menyelesaikan segala macam masalah yang melanda negara kita ini. Bukannya, kamu terus bermain politik untuk memenuhi keberahian kamu menjadi Perdana Menteri.

Kenapa kamu pula kelihatan tidak sabar? Mengapa kamu merengek setiap hari? Mengapa kamu tidak arahkan macai macai sakai kamu untuk menutup mulut masing-masing? Bukankah sekarang ini masih belum melewati tempoh 2 tahun yang kamu persetujui dahulu? Itupun kalau adalah perjanjian itu.

Kini, macai macai sakai kamu pula terlibat dalam konspirasi politik semburit. Lupakah kamu kepada derita menjadi mangsa fitnah? Bukan sahaja batang tubuh kamu tapi juga melibatkan perasaan setiap ahli Keluarga kamu sebelum ini. Apabila terkena kepada batang tubuh kamu, maka kamu melawan dan menjaja cerita derita menjadi mangsa fitnah. Tetapi apabila macai macai sakai kamu menjadi penjaja fitnah terhadap orang lain, maka kamu bungkam, membisu seribu bahasa. Hanya kerana orang yang dituduh itu mungkin akan mendatangkan ancaman politik terhadap kamu, kamu boleh berkompromi dengan strategi hina begini?

Melihat kepada semua ini, tidak salah rasanya, coretan aku pada tahun 2015 dahulu, sewaktu kamu berhadapan dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan atas pertuduhan meliwat Saiful dulu, bahawa sesungguhnya telah sampai ketikanya untuk kamu bersara dan berundur dari politik. Aku boleh tersenyum dan tertawa apabila ditanya oleh kalangan pentaksub kamu, mengapa kini aku kelihatan seperti tidak lagi menyokong kamu?

Jawapan aku mudah. Padan muka kamu. Ketika ramai orang berhempas pulas menolak orang tua itu untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi, kamulah yang meminta untuk diterima orang tua itu menjadi Perdana Menteri, mengapa sekarang kamu mahu melawan pula? Kini, aku rasa kamu tidak lagi sesuai untuk memimpin negara ini. Bagaimana aku mahu meletakkan kepercayaan terhadap seorang pemimpin yang gagal mengemudi parti politiknya sendiri untuk memimpin negara ini. Orang yang hanya penting diri tetapi bodoh kena tipu berkali kali dengan orang sama dan cara hampir sama.

Sudahlah Anwar. Kamu sudah tidak relevan lagi….

che’GuBard
Bekas MPP dan bekas anggota seumur hidup PKR

 



Comments
Loading...