Farhash tersilap langkah?
Agak janggal buat seseorang yang bertaraf pimpinan tertinggi parti peringkat negeri melontar kata-kata yang boleh membahayakan kedudukan presiden parti.
Tahanan selama lapan hari kerana siasatan polis telah menghilangkan sifat wibawa dan kesabaran sehingga Farhash tergamak mengeluarkan kata-kata yang mencabar kredibiliti Ketua Polis Negara dengan gesaan memberkas Azmin Ali.
*Ketinggalan Perkembangan*
Malah selepas kenyataan KPN itu, Anwar sendiri menyatakan ‘kelegaan’ beliau bahawa Azmin bukan individu terlibat.
Namun begitu, kenyataan Hamid Bador ada menyatakan bahawa penyebaran video tersebut adalah gerakan menjatuhkan individu politik. Tun Mahathir melalui tulisan beliau dalam blog chedet.cc menegaskan video tersebut merupakan gerakan politik menjatuhkan Azmin.
Ini adalah antara perkara-perkara penting yang Farhash ketinggalan gerabak.
Pecat Farhash
Kini apa pula nasib Farhash? Ke mana hilangnya suara Dollah Sani yang berdegar-degar itu dan Shamsul yang konon berprinsip untuk mendesak Farhash meletakkan jawatan atau mengusulkan pemecatan dari parti?
Jangan terlupa atau dilupa, bahawa Farhash berstatus *Setiausaha Politik* kepada Anwar Ibrahim. Suara dia adalah gambaran suara Anwar. Mungkin sekali arahan dari Anwar. Adakah Farhash terlalu dungu untuk bertindak menjerit ‘Azmin Semburit’ jika dia tidak ada ‘lampu hijau’ daripada boss besar dia?
Apakah Farhash dan Anwar sedang menyusun lagi episod seterusnya untuk membunuh politik Azmin dan mencalar kredibiliti Tun Mahathir secara khusus?
PKR harus relevan di mata rakyat. Prinsip keadilan sosial yang dilaungkan wajar dilaksanakan. PKR perlu berani menongkah arus dan bertindak berani memecat Farhash. Jika tidak, sahih lah Anwar sebagai dalang gerakan ‘politik longkang’ ini.