Anwar Ibrahim ni tengah mabuk ke?


Anwar tahu kalau dia hanya bergantung kepada sokongan orang Cina sahaja, dan tanpa sokongan orang Melayu, Anwar tidak akan kemana. Anwar akan sentiasa menjadi bakal perdana menteri sampai bila-bila. Sebab itulah Anwar mati-mati memerlukan Umno juga. Setakat DAP saja, memang tak cukup.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

(The Star) – Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi’s call to reject cooperation with anyone collaborating with DAP is a racist statement, says PKR President Datuk Seri Anwar Ibrahim.

He said instead of condemning DAP generally, Ahmad Zahid must pinpoint exactly what he and his party disagreed with regarding DAP.

“It is a clearly racist argument, and you should be able to work (with anyone).

“To me, to meet (the goals of) the country, you must be able to work with any Malaysian or any political party which shares the same principles and ideals.

“They must be specific. They disagree on DAP on what?

“They cannot just generalise and condemn the party over principles. I have worked with DAP, and I have no problem with that,” said Anwar. (BACA LEBIH DI SINI).

***********************************************************************

Anwar Ibrahim ni memang suka mengeluarkan kenyataan yang mengarut. Dia berkata dia tidak faham sebab apa Umno tidak boleh berkerjasama dengan DAP. Kelakar betul la. Anwar ni betul-betul tak faham atau dia memang sengaja buat-buat tak faham?

Yang menjadi persoalan, kenapa Anwar yang susah dan menyibuk tentang siapa Umno boleh atau tak boleh berkerjasama? Umno kan musuh Pakatan Harapan? Jadi suka hati Umnolah siapa mereka nak berpakat. MCA dan MIC juga tak boleh kerjasama dengan DAP. MCA dan MIC rasis juga ke? Kenapa Anwar tak tanya MCA dan MIC soalan yang sama?

Terpulang kepada Umnolah mereka nak kerjasama dengan sesiapa pun. Itu hak Umno. Dan Umno telah setuju untuk berkerjasama dengan PAS. Kalau Umno nak berkerjasama dengan DAP sambil kerjasama dengan PAS, rasa-rasanya DAP akan setuju ke? PAS sudah tentu tidak akan setuju. Dan DAP, yang sememangnya benci Islam, tidak akan bersetuju sekiranya Umno berkerjasama dengan PAS dan DAP serentak.

PAS dan Umno satu hala tuju

Jadi, Anwar sepatutnya tanya DAP, bukannya tanya Umno. Pergi tanya DAP kenapa mereka tak boleh kerjasama dengan PAS? Adakah sebab mereka benci Islam? Masalahnya bukan dari PAS. Masalahnya ialah DAP itu sendiri. PAS tidak ada apa-apa masalah. DAP yang bermasalah. Mereka yang bermasalah dengan Islam dan Melayu.

DAP yang menentang RUU355. DAP juga menolak undang-undang Syariah dan DAP tolak sekeras-kerasnya hukuman Hudud. Yang menolak, menentang hampir kesemua berkaitan dengan Islam dan Melayu adalah DAP. Bukannya Umno. Umno menerima Islam. RUU355 pun Umno tidak menentang walau pun belum ada persetujuan 100% tentang hukum Hudud.

DAP secara terbuka mengumumkan yang Malaysia ini adalah negara sekular. Sekiranya Umno setuju bekerjasama dengan DAP adakah DAP sanggup terima hakikat yang Malaysia bukannya negara sekular tetapi yang sebenarnya Islam adalah agama Persekutuan? Dan adakah DAP sanggup terima undang-undang Syariah adalah sebahagian dari sistem perundangan Malaysia? Jawablah yang itu dulu.

DAP memusuhi Islam

Sebab apa Anwar perlu Umno dan DAP bersatu? Pakatan Harapan kan sudah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan? Jadi, biarlah Umno bersama PAS duduk didalam barisan pembangkang. Ke Anwar nak ajak Umno menyertai Pakatan Harapan juga? DAP, PKR, PPBM dan Amanah tak cukup lagi ke? Perlu Umno juga ke? Sebab apa? Sebab Anwar takut tak boleh jadi Perdana Menteri tanpa sokongan Umno ke?

Itulah cerita yang sebenarnya kan. Anwar takut sekiranya Umno tak sayang DAP maka orang Melayu juga tak akan sokong DAP. Jadi Anwar terpaksa bergantung kepada sokongan orang Cina saja. Dan Anwar tahu kalau dia hanya bergantung kepada sokongan orang Cina sahaja, dan tanpa sokongan orang Melayu, Anwar tidak akan kemana. Anwar akan sentiasa menjadi bakal perdana menteri sampai bila-bila. Sebab itulah Anwar mati-mati memerlukan Umno juga. Setakat DAP saja, memang tak cukup.

 



Comments
Loading...