Peneroka tinggalkan majlis kerana lapar, kata FELDA


(Sinar Harian) – Tindakan peneroka berjalan keluar dan meninggalkan majlis Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3 Pahang semalam ketika Perdana Menteri sedang berucap bukan kerana mereka memboikot program itu.

Ketua Peneroka Kebangsaan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Sulong Jamil Mohd Shariff berkata, dakwaan mengatakan peneroka tidak suka dengan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tidak benar.

Menurutnya, tindakan peneroka bangun daripada tempat duduk masing-masing kemungkinan untuk mengambil makanan yang disediakan penganjur.

Ciapan yang dikongsi Zahida mengenai video yang tular tersebut. Gambar kanan: Ciapan di Twitter Wan Mohamad Azri yang turut memberi komen mengenai video tersebut.

“Ketika Dr Mahathir berucap sudah jam 11 (pagi) lebih, jadi ada antara peneroka yang mungkin lapar kerana telah menunggu sejak pagi, jadi mereka melihat ada makanan yang tersedia untuk dimakan maka mereka pergi mendapatkannya.

“Bilangan yang beransur juga tidaklah ramai kerana mungkin dalam setengah peratus sahaja berbanding lebih 14,000 peneroka yang hadir dan setia mendengar ucapan Dr Mahathir,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi hari ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...